Edited by YgBenar at 18-11-2025 05:16 PM
GEORGE TOWN – Penantian hampir dua hari seorang isteri berakhir apabila jasad suaminya yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang akhirnya ditemui hari ini.
Isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, ketika dihubungi berkata, dia menerima maklumat mayat suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim, 25, ditemui kira-kira 9.50 pagi tadi.
“Jasad suami saya sudah ditemui dan kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat,” katanya ringkas. Jangan cakap buruk, saya masih tunggu kepulangan suami
Terdahulu, menerusi akaun TikTok ‘mummylee’, Nurul Natasha memaklumkan dirinya reda namun jika benar suaminya telah pergi, dia hanya berharap agar jasad suaminya timbul
Jujur sayang hati cuma rindu saya ikhlas tapi kalau awak pergi timbullah jasad awak sayang. 25 Februari lepas awak (suami) dapat cahaya mata yang ke dua, tahun ini juga awak tinggaikan dia.
“Selama tujuh bulan Allah pinjamkan awak untuk baby sayang,” tulisnya.
Media pada Ahad lalu melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang dari pulau menghala ke Perai. Mangsa dikatakan meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan. – MalaysiaGazette
|