CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8552|Reply: 7

[Tempatan] 'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM

[Copy link]
Post time 18-11-2025 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by B40tastePosh at 19-11-2025 12:33 AM

'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Ular sawa batik yang jatuh dari siling rumah penduduk di Taman Bandar Baru PKNK. FOTO IHSAN APM
Sungai Petani: "Ketika ular sawa itu jatuh dari siling rumah, saya dan anggota lain masing-masing terkejut kerana tidak menyangka ular itu bersaiz besar seperti anaconda.

"Kami masing-masing melihat reptilia itu jatuh dan cuba mencari jalan untuk menangkapnya kerana tidak menyangka saiznya besar seperti itu," kata Sarjan Zaiton Mohamed Ali, 56.



Zaiton yang mengetuai operasi menangkap ular sawa di sebuah rumah di Taman Bandar Baru PKNK, di sini Rabu lalu sehingga tular di media sosial sejak semalam.

Katanya, sepanjang 18 tahun berkhidmat dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM), ini adalah ular sawa kedua terbesar yang pernah ditangkapnya.

Berdasarkan pengalaman dan ketua dalam operasi ini, saya mengarahkan anggota supaya menangkap ular sawa itu dengan berhati-hati kerana kita tak tahu keadaannya bimbang tertangkap bahagian kepalanya.

"Kami pernah terima panggilan di rumah penghuni yang sama kira-kira tiga bulan lalu tetapi apabila sampai, ular itu tiada malah kami menjangkakan ia sudah turun dari siling rumah berkenaan.

"Tapi masa operasi Rabu lalu, ular sawa itu akhirnya berjaya ditangkap dan saya menarik bahagian badannya manakala anggota lain masing-masing menarik ekor dan menunggu untuk menangkapnya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zaiton yang juga nenek kepada dua cucu itu berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah itu ketika hendak memasuki bilik air rumah berkenaan dan mengesyaki sesuatu mencurigakan apabila pintu tidak dapat ditolak.

Katanya, ketika menolak pintu, sekeping daripada siling rumah itu pecah dan ketika itulah dia ternampak seperti kain batik dan mengesyaki sesuatu dan menghubungi APM kira-kira jam 4 petang.

"Sebaik kami sampai, kami cuba tolak pintu tetapi tak boleh dan kemudian tarik siling besar tu sebelum ular sawa tu jatuh.

"Ular sawa tu tak panjang mana cuma dalam tiga meter tapi saiz badannya besar kemungkinan dalam 60 kilogram (kg) nampak ia seperti anaconda dan ketika jatuh, bunyinya sangat kuat," katanya.

Zaiton berkata, ular sawa itu juga sangat agresif ketika jatuh ke lantai dan masuk di celah mesin basuh.

"Kepala dia masuk di celah mesin basuh itu dan bayangkan mesin basuh yang berat itu berjaya ditolak hingga bergerak.

"Cabaran kami hendak menangkapnya agak sukar kerana saiznya yang besar dan berat tetapi syukur akhirnya berjaya juga ditangkap," katanya.

Zaiton berkata, sepanjang berkhidmat dalam APM, dia sudah lali menangkap ular termasuklah ular tedung selar, tedung senduk dan ular sawa.

Katanya, baginya dia sudah tidak geli tetapi perasaan takut juga tetap ada cuma berdasarkan pengalaman, dia tetap melakukan tugas itu demi membantu masyarakat.

"Ular sawa itu kemudian dibawa pulang ke pejabat APM Kuala Muda untuk ditempatkan sementara di situ," katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2025 @ 11:06am





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 06:49 PM | Show all posts
mak aiii....gerunnya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm hal ni kalo ular tu mengancam nyawa bunuh je la dia. X de pupusnya ular sawa kat msia ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 18-11-2025 06:56 PM
Dlm hal ni kalo ular tu mengancam nyawa bunuh je la dia. X de pupusnya ular sawa kat msia ni.

Ye, kategori Least Concern.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 19-11-2025 12:29 AM

Apa apa jenis ular takut dengan bau tahi lembu... Sebab diorang takut dengan bau binatang yang bersaiz besar.

So kutip tahi lembu tabur pada longkang dan keliling rumah.

Nak cari tahi gajah, badak dan kerbau macam susah pula kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2025 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
giler ah... bayangkan klu siap ada telur kt ailing atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2025 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 18-11-2025 07:16 PM
Apa apa jenis ular takut dengan bau tahi lembu... Sebab diorang takut dengan bau binatang yang bersa ...

ney!...tahi lembu mau 10 kilo....ada jual sini ka????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2025 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Purestteam1 replied at 18-11-2025 10:57 PM
giler ah... bayangkan klu siap ada telur kt ailing atas tu

Rasanya ular sawa tu dah berkubang dalam tangki air atas tu. Macam mana 3 bulan ular sawa tu duduk kat atas kan.. mesti ular sawa to dapat moisture dari tangki air tu.

Diorang ni selama harini mandi minum dari air ular sawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 6780 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 3819 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 6740 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667
Rumah Borak Borneo
VellfireRumah Borak Borneo
Views : 146 Replies : 124
Kekasih Ben Amir Peluk Islam
irveneKekasih Ben Amir Peluk Islam
Views : 1898 Replies : 21
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5496 Replies : 3454
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 23787 Replies : 1309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.305540 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list