CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 281|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Alex Marquez tawan Sepang

[Copy link]
Post time 26-10-2025 07:06 PM | Show all posts |Read mode
Alex Marquez tawan Sepang

Oleh Sukhairi Thani - Oktober 26, 2025 @ 4:35pm





Pelumba Ducati Lenovo Francesco Bagnaia (depan), Alex Marquez dan pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta bersaing ketika MotoGP Malaysia di Sepang hari ini. - REUTERS




SEPANG: Naib juara MotoGP 2025, Alex Marquez memperoleh kemenangan sulungnya di Grand Prix (GP) Malaysia sebentar tadi, ketika juara bertahan dari pasukan Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia gagal menamatkan perlumbaan selepas jenteranya mengalami isu teknikal.

Alex yang juga adik kepada juara dunia 2025, Marc Marquez yang memulakan perlumbaan dari petak kedua, menemui garisan penamat dengan catatan 40 minit 09.24 saat (s) manakala Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) ketinggalan 2.676s di belakang untuk berada di tempat kedua.

Pelumba Honda HRC Castrol, Joan Mir menamatkan saingan di tempat ketiga selepas ketinggalan 8.048s di belakang Alex yang memperoleh kemenangan ketiganya musim ini selepas di GP Sepanyol dan Catalunya, September lalu.




Pelumba BK8 Gresini Racing, Alex Marquez mencium trofi kemenangan GP Malaysia. - AFP


"Ini bukan hujung minggu yang mudah.

"Kami bermula dengan agak sukar pada Jumaat dan jentera tidak terasa sempurna.

Tetapi hari ini, strateginya sangat bijak. Saya tahu ia adalah kunci kemenangan.

"Saya pernah tewas di sini dua tahun lalu, jadi kali ini saya mengambil keputusan untuk terus menyerang dari awal. Kemenangan ini sangat penting," kata Alex.

Dalam pada itu, Bagnaia yang memenangi perlumbaan pecut semalam terpaksa akur dan kembali turun ke kedudukan keempat keseluruhan dengan 286 mata selepas isu teknikal dihadapi jenteranya.



Alex Marquez (tengah) bersama Pedro Acosta (kiri) dan Joan Mir meraikan kejayaan di atas podium GP Malaysia. - AFP



Pelumba Aprilia Racing, Marco Bezzecchi kembali merampas kedudukan ketiga daripada Bagnaia selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 untuk mengumpul 291 mata keseluruhan.

Saingan Kejuaraan Dunia bagi musim 2025 kini berbaki dua pusingan iaitu di GP Portugal dari 7 hingga 9 November ini sebelum GP Valencia menjadi venue penutup kempen dari 14 hingga 16 November.



Perlumbaan MotoGP GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. - REUTERS/Najjua Zulkefli



https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1463685/alex-marquez-tawan-sepang





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.046353 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list