CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 261|Reply: 0

[Sukan Bermotor] GP Malaysia: Bagnaia cipta hatrik petak utama

[Copy link]
Post time 25-10-2025 12:59 PM | Show all posts |Read mode
GP Malaysia: Bagnaia cipta hatrik petak utama

Oleh Sukhairi Thani - Oktober 25, 2025 @ 12:50pm





Aksi pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia ketika sesi latihan kelas MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - Bernama



SEPANG: Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia terus mengukuhkan reputasinya selaku juara bertahan Grand Prix (GP) Malaysia apabila menyambar petak utama bagi saingan MotoGP musim 2025, hari ini.

Bagnaia atau lebih dikenali sebagai Pecco mencatat masa terpantas pada sesi Kelayakan 2 (Q2) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan masa 1 minit 57.001 saat (s), sekali gus merekodkan petak utama ketiga berturut-turutnya sejak 2023.

Alex Marquez daripada pasukan BK8 Gresini Racing MotoGP bakal memulakan perlumbaan dari petak kedua selepas ketinggalan hanya 0.016s di belakang Bagnaia, manakala Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) akan bermula dari petak ketiga dengan catatan 1:57.159s.

Sebagai rekod, Bagnaia turut mendominasi GP Malaysia tahun lalu apabila meraih petak utama dengan catatan 1:56.337s sebelum muncul juara perlumbaan dengan masa keseluruhan 38:04.563s.

Ketika itu, Jorge Martin (Prima Pramac Racing) menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 38:07.704s, manakala Enea Bastianini (Ducati Lenovo Team) melengkapkan podium dengan masa 38:15.047s.

Bagi musim ini, gelaran juara keseluruhan MotoGP 2025 sudah menjadi milik Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) selepas mengumpul 545 mata, diikuti adiknya, Alex di tempat kedua dengan 379 mata, manakala Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) di kedudukan ketiga dengan 282 mata.

Bagnaia kini masih berpeluang menamatkan musim di kelompok podium keseluruhan apabila hanya ketinggalan lapan mata di belakang Bezzecchi.

Selepas Malaysia, kempen 2025 bakal beralih kembali ke bumi Eropah dengan perlumbaan seterusnya berlangsung di GP Portugal pada 7 hingga 9 November ini sebelum kemuncak musim berakhir di Valencia dari 14 hingga 16 November.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/10/1463124/gp-malaysia-bagnaia-cipta-hatrik-petak-utama





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.040200 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list