|
View: 882|Reply: 5
|
‘Influencer’ minta derma, mahu beli iPhone 17 Pro Max
[Copy link]
|
|
|
NEW DELHI – Seorang pempengaruh media sosial di India nekad meminta pengikutnya untuk memberikan sumbangan kepadanya agar dia dapat membeli telefon pintar jenama iPhone model terbaharu, lapor stesen penyiaran NDTV.
Gadis bernama Mahi Singh, meminta pengikutnya untuk menderma sebanyak 1 rupee (RM0.04) atau 2 rupee (RM0.09).
Menurut Mahi, dia ingin membeli iPhone 17 Pro Max berharga sekitar 149,000 rupee (RM7,094) yang dilancarkan awal bulan ini.
Dia telah meminta bapanya untuk membeli telefon itu tetapi ditolak kerana telah dihadiahkan iPhone 16 tiga bulan lalu.
“iPhone 17 Pro Max baru sahaja dilancarkan dan saya sangat suka akan warnanya. Tiga bulan lalu, bapa saya telah memberikan iPhone 16. Saya ingin mendapatkan telefon itu untuk hari jadi saya pada 21 Oktober ini.
“Jika anda semua memberikan 1 atau 4 rupee setiap seorang, saya boleh membeli telefon ini. Saya berterima kasih kepada anda kerana membuatkan impian saya menjadi nyata,” katanya di dalam video.
Rakaman itu mencatatkan lebih 38,000 dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana orang seperti dia dapat ramai ‘followers’?” kata seorang netizen. – AGENSI
Sumber: – Astro Awani |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh le sape bg kt dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nisako: bodoh le sape bg kt dia ni
Hahahahah zaman sekarang banyak manusia bodoh tak tahu nak buat apa dgn duit. Yg kaya influencers lol[em:4:] teringin gak la jadi influencer tapi aku nk bagi duit derma tu kat pakestin sebab aku tak banyak duit nak derma kat org2 palestin di twitter X [em:9:][em:9:] Aku rasa bersalah tak mampu bg duit kat mereka walaupun aku hidup selesa makan pakai cukup semua[em:13:][em:9:] |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
siapa bagi dia tak cerdik |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
India ramai. 1 billion warga dia. nak tengok jugak dia berjaya ke tak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|