CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 245|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] UiTM Raja MASUM 2025

[Copy link]
Post time 20-9-2025 11:34 PM | Show all posts |Read mode
UiTM Raja MASUM 2025






UITM meraih 66 pingat keseluruhan. FOTO Ihsan Universiti Teknologi MARA



Kuala Nerus: Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mencipta sejarah apabila mempertahankan gelaran Raja MASUM 2025 buat kali ke-8 berturut-turut, mengukuhkan statusnya sebagai kuasa besar sukan universiti negara.

Kejohanan MASUM 2025 yang berlangsung dari 15 hingga 21 September 2025 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi pentas kegemilangan UiTM dengan kutipan membanggakan 30 pingat Emas, 19 Perak dan 17 Gangsa.

Membariskan atlet dalam 10 acara sukan utama iaitu taekwondo, silat, karate, memanah, bola tampar, bola tampar pantai, petanque, sofbol, catur dan boling padang.

UiTM membuktikan keampuhan barisan atletnya yang bukan sahaja kental berjuang di gelanggang malah konsisten mengekalkan tradisi kejuaraan sejak lapan edisi berturut-turut.


Sorakan kemenangan bergema di Dewan Gemilang UniSZA pada majlis penutup, menyaksikan detik penuh bersejarah apabila nama UiTM sekali lagi diumumkan sebagai juara keseluruhan.



Kejayaan ini menandakan bahawa semangat juang warga atlet UiTM tidak pernah luntur malah terus menyala untuk mengharumkan nama universiti di pentas nasional dan antarabangsa.

Pengarah Sukan UiTM, Ahmad Tarmizy Mohammed menyifatkan kejayaan ini sebagai lambang keutuhan semangat dan dedikasi seluruh kontinjen.

"Lapan tahun berturut-turut bukan pencapaian biasa, ia adalah bukti bahawa UiTM bukan sahaja konsisten tetapi juga memiliki DNA juara. Ini adalah hasil pengorbanan atlet, bimbingan jurulatih dan sokongan padu universiti. UiTM akan terus melahirkan bintang sukan yang mampu bersinar di arena dunia."

Dengan rekod 66 pingat keseluruhan, UiTM sekali lagi membuktikan bahawa takhta Raja MASUM bukan sekadar gelaran tetapi legasi keunggulan yang sukar digugat.



Disiarkan pada: September 20, 2025 @ 10:06pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/09/1266244/uitm-raja-masum-2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.128801 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list