Piastri tawan GP Belanda, kukuhkan cengkaman kejuaraan
REUTERS - Ogos 31, 2025 @ 11:20pm

Oscar Piastri muncul pemenang GP Belanda. Foto: AFP
ZANDVOORT (Belanda): Pelumba McLaren, Oscar Piastri muncul pemenang Grand Prix (GP) Belanda dalam perlumbaan penuh drama yang menyaksikan rakan sepasukannya dan pencabar kejuaraan, Lando Norris tidak menamatkan perlumbaan akibat masalah teknikal sekali gus memberikan Piastri kelebihan 34 mata di puncak kejuaraan Formula Satu (F1).
McLaren hampir mencipta sejarah dengan kemenangan satu-dua buat kali kelima berturut-turut, sebelum kereta Norris mengalami masalah pada pusingan ke-65 daripada 72, selepas melaporkan bau asap di dalam kokpit.
Beberapa saat kemudian, asap jelas kelihatan dari bahagian belakang keretanya, memaksanya menarik diri dari kedudukan kedua.
Sementara itu, pelumba tuan rumah, Max Verstappen, berjaya meraih tempat kedua untuk Red Bull, manakala bintang muda dari pasukan Racing Bulls, Isack Hadjar mencuri tumpuan dengan meraih podium pertamanya dalam F1 apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1440700/piastri-tawan-gp-belanda-kukuhkan-cengkaman-kejuaraan
|