CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 234|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] 198 gol hangatkan permusuhan Arsenal, Liverpool

[Copy link]
Post time 30-8-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode
198 gol hangatkan permusuhan Arsenal, Liverpool

Ogos 30, 2025 @ 11:11am





Arsenal mengharapkan ketajaman penyudah Viktor Gyokeres (kanan) dan ketangkasan penjaga gol David Raya untuk mengecewakan Liverpool pada aksi tumpuan Liga Perdana Inggeris minggu ini di Anfield malam esok. – Foto REUTERS



LONDON: Pertembungan antara Arsenal dan Liverpool di Anfield malam esok dijangka sekali lagi sarat dengan gol, berdasarkan rekod luar biasa kedua-dua pasukan dalam era Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sehingga kini, 66 perlawanan antara Arsenal dan Liverpool sudah menghasilkan 198 gol, purata tiga gol setiap perlawanan.

Hanya aksi Liverpool menentang Tottenham (206 gol) yang mencatatkan lebih banyak jaringan.

Permusuhan klasik ini sudah lama melahirkan detik ikonik, termasuk penentuan juara liga 1988-89 apabila Arsenal menang 2-0 di Anfield.

Dalam era EPL pula, Thierry Henry pernah meledak hatrik pada musim "Invincibles" 2003-04, mengekalkan Arsenal di landasan juara.

Perlawanan ini juga mencatatkan rekod terbanyak hatrik dalam sejarah EPL dengan enam kali pemain pulang bersama bola hari perlawanan.

Selain Henry, Andrey Arshavin turut meledak empat gol dalam keputusan dramatik 4-4 di Anfield pada 2009.

Pertemuan itu masih kekal sebagai perlawanan paling banyak gol antara kedua-dua pasukan dalam EPL, manakala kemenangan terbesar Arsenal ke atas Liverpool adalah dengan perbezaan tiga gol - 4-1 pada 2015 dan 3-0 pada 2006.

Beberapa pemain pernah beraksi untuk kedua-dua kelab dalam permusuhan ini, antaranya Kolo Toure, Alex Oxlade-Chamberlain, Yossi Benayoun dan Nicolas Anelka.

Menariknya, tiga daripada mereka turut menjaringkan gol ketika menentang bekas kelab masing-masing.

Statistik penjaring pula dikuasai oleh Roberto Firmino dengan 11 gol, diikuti Mohamed Salah (10), manakala Henry mendahului senarai penjaring Arsenal dengan lapan gol.

Arshavin pula berada di tempat kedua buat The Gunners dengan lima.

Detik pantas dan dramatik turut menghiasi permusuhan ini - Martin Skrtel menjaringkan gol seawal 51 saat pada 2014, sementara Gabriel Martinelli membalas catatan pantas Arsenal dengan gol pada minit pertama pada 2022.

Namun perlawanan paling gila berlaku musim 2010-11 apabila Robin van Persie menyempurnakan penalti minit ke-98 sebelum Dirk Kuyt menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti sendiri selepas 101 minit 48 saat, menjadikannya antara penamat paling dramatik dalam sejarah EPL.

Kini, Arsenal hadir ke Anfield dengan misi menambah satu lagi episod manis dalam permusuhan penuh sejarah ini, sambil membawa rekod tanpa kalah dalam enam pertemuan terakhir menentang Liverpool. – AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1440043/198-gol-hangatkan-permusuhan-arsenal-liverpool





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list