CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia bungkus awal di Paris

[Copy link]
Post time 25-8-2025 08:08 PM | Show all posts |Read mode
PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia kandas awal di Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, hari ini.





Zii Jia bungkus awal di Paris



  • Oleh KOSMO!
  • 25 Ogos 2025, 5:34 pm




KUALA LUMPUR  – Harapan peminat badminton negara untuk menyaksikan kebangkitan Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris tidak kesampaian apabila dia terkandas seawal pusingan pertama selepas tewas kepada pemain Korea Selatan, Jeon Hyeok Jin, hari ini.

Beraksi di Adidas Arena, venue sama yang menyaksikan dia meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik Paris, Zii Jia gagal mengulangi magis tersebut apabila terpaksa tunduk straight set 17-21, 11-21 dalam aksi yang hanya berlangsung 41 minit.

Lebih memeritkan, perseorangan negara itu dilihat mencari rentak terbaiknya semula terutamanya di set kedua apabila ketinggalan jauh 4-11 sebelum terus diasak tanpa mampu bangkit yang bertahan hanya 18 minit.

Dalam set pertama, Zii Jia mempamerkan sedikit tentangan apabila berjaya mengurangkan jurang mata dari ketinggalan 2-6 kepada 17-21, namun Hyeok Jin kekal tenang untuk menamatkan set itu dalam masa 23 minit.

Set kedua pula menyaksikan rentak Zii Jia terus tenggelam apabila jaguh kelahiran Kedah itu ketinggalan 4-11 dan akhirnya tewas 11-21 dalam tempoh 18 minit sekali gus tidak berupaya mengheret perlawanan tersebut ke rubber set.

Kekalahan tersebut menambah lagi episod suram buat pemain berusia 27 tahun itu yang kini berada di ranking ke-52 dunia.

Sebelum ini, bekas juara All England itu mengambil keputusan untuk berehat panjang pada Mac lalu selain memohon perlindungan ranking daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi meneruskan proses pemulihan kecederaan buku lali kanannya. -KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/25/zii-jia-bungkus-awal-di-paris/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.407610 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list