CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Majoriti kakitangan Ferrari tidak setuju ambil Hamilton

[Copy link]
Post time 22-8-2025 02:30 PM | Show all posts |Read mode
Majoriti kakitangan Ferrari tidak setuju ambil Hamilton

Ogos 22, 2025 @ 10:38am




Lewis Hamilton belum menaiki podium selepas 14 perlumbaan bersama Ferrari musim ini. - Foto REUTERS



ROME: Bekas pelumba Formula Satu, Arturio Merzario mendakwa 90 peratus kakitangan Ferrari tidak bersetuju dengan keputusan menandatangani Lewis Hamilton.

Merzario, 82, yang terkenal kerana membantu menyelamatkan Niki Lauda daripada kereta terbakar di Nurburgring pada tahun 1976, memulakan kerjaya F1 bersama Ferrari dan masih mempunyai hubungan rapat dengan pasukan Maranello.

Dia menyifatkan kehadiran juara dunia tujuh kali itu hanyalah satu langkah komersial.

"Pada pandangan saya, ketibaan Hamilton ke Maranello adalah operasi komersial. Daripada apa yang saya tahu, 90 peratus pekerja tidak bersetuju dengan keputusan ini.

"Apabila pemandu tidak rasa dihargai atau menjadi sebahagian penting daripada kumpulan, dia akan hilang motivasi. Mengapa mahu bersungguh-sungguh kejar tiga per sepuluh saat kalau tetap bermula di barisan ketiga?" soal Merzario.

Hamilton kini ketinggalan 42 mata di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc dalam kedudukan pelumba dan masih belum menaiki podium selepas 14 perlumbaan bersama Ferrari.

Sebelum rehat musim panas, Hamilton mengkritik dirinya selepas bermula di petak ke-12 dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12 pada Grand Prix Hungary, malah menyifatkan dirinya "tidak berguna" serta menggesa Ferrari supaya "tukar pemandu".

Namun, Merzario percaya masih ada sesuatu yang boleh dibuktikan oleh pelumba British berusia 40 tahun itu.

"Ini belum tamat. Dia menunggu peluang yang tepat. Dia hanya akan ambil risiko bila perlu, bukan untuk tempat kelapan.

"Jika dia mahu pergi, dia boleh cari pasukan lain. Hamilton sudah buktikan dirinya, dia bukan seperti Charles yang perlu buktikan dia seorang juara," katanya. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/08/1436494/majoriti-kakitangan-ferrari-tidak-setuju-ambil-hamilton





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056047 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list