CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Seville atasi Lyles 100m Liga Berlian Lausanne

[Copy link]
Post time 21-8-2025 11:18 PM | Show all posts |Read mode
Seville atasi Lyles 100m Liga Berlian Lausanne

Ogos 21, 2025 @ 10:17am





Pelari Jamaica, Oblique Seville (kanan) menjuarai acara 100m lelaki pada kejohanan Liga Berlian di Stade Olympique de la Pontaise, Lausanne, awal pagi tadi. Pelari AS, Noah Lyles (kanan) di tangga kedua. – Foto AFP



LAUSANNE: Oblique Seville dari Jamaica mengalahkan juara Olimpik, Noah Lyles dalam acara 100 meter pada kejohanan Liga Berlian di Lausanne awal pagi tadi, hanya tiga minggu menjelang Kejohanan Dunia di Tokyo.

Sekali lagi, Lyles ketinggalan di blok permulaan, langkahan perlahan itu memberi kelebihan kepada Seville sejak awal, sesuatu yang menyaksikan kemenangannya tidak boleh dipertikaikan.

Seville mencatat masa mengagumkan 9.87 saat dalam keadaan hujan lebat di Stade Olympique de la Pontaise, manakala Lyles bangkit di hujung perlumbaan untuk meraih tempat kedua dengan catatan 10.02 saat.

"Berlari 9.87 dalam keadaan sebegitu menunjukkan saya boleh berlari jauh lebih pantas, di mana-mana sahaja di dunia, itu satu catatan yang baik," kata Seville, yang meraih gangsa dunia bersama skuad berganti-ganti 4x100m Jamaica di Budapest pada tahun 2023.

Ia mengulangi kejayaan di Liga Berlian London bulan lalu apabila atlet berusia 24 tahun itu turut menewaskan bintang Amerika Syarikat (AS) itu.

"Saya sudah dua kali menewaskan juara Olimpik, di London dan di sini dan ia memberi saya banyak keyakinan menjelang kejohanan dunia. Sudah agak lama sejak pelari lelaki Jamaica memenangi 100m di pentas dunia dan sudah tentu, saya percaya saya boleh menjadi orangnya," katanya.

Lyles pula mengeluh dengan reaksi buruk terhadap tembakan permulaan larian.

"Dari segi teknikal saya rasa baik, sesi memanasa badan saya juga bagus, tetapi apabila anda tersilap permulaan pada tahap ini, perlumbaan pada asasnya sudah berakhir," katanya.

"Secara fizikal saya rasa cergas dan saya yakin setiap perlumbaan akan menjadi semakin baik. Matlamatnya adalah untuk menajamkan butiran kecil, terutama fasa pecutan awal dan permulaan, menuju ke Tokyo dan Kejohanan Dunia."

Jaguh 800m Olimpik dari Kenya, Emmanuel Wanyonyi turut menerima tamparan apabila pelari AS, Josh Hoey muncul pemenang acara itu. – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2025/08/1436052/seville-atasi-lyles-100m-liga-berlian-lausanne





Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036486 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list