CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 167|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Bintang pickleball AS sertai Jelajah Asia PPA Piala Malaysia 2025

[Copy link]
Post time 20-8-2025 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Bintang pickleball AS sertai Jelajah Asia PPA Piala Malaysia 2025

BERNAMA




JOHNS teruja datang Malaysia. FOTO FB Ben Johns



Shah Alam: Pemain nombor satu Persatuan Pickleball Profesional (PPA) Ben Johns bakal beraksi dalam Jelajah Asia PPA Piala Malaysia 2025 yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Sept ini, sekali gus merupakan penampilan sulung beliau di luar Amerika Syarikat (AS).

Bintang pickleball AS itu berkata beliau teruja untuk bertanding dalam kejohanan berkenaan, merasai suasana tempatan dan berinteraksi dengan peminat di Malaysia.

"Saya sangat teruja untuk hadir ke acara Jelajah PPA di Malaysia pada September ini, saya tidak sabar untuk bertemu anda semua.

"Ini kali pertama saya akan ke Malaysia dan saya sangat teruja untuk berjumpa dengan komuniti (pickleball)," katanya menerusi rakaman video yang disiarkan pada majlis sidang media pengumuman kejohanan itu di Setia Alam dekat sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jelajah Asia PPA Malaysia Vincent Siow Wei Sern berkata Piala Malaysia 2025 merupakan kejohanan kedua Jelajah Asia PPA dianjurkan di negara ini, selepas kejohanan pertama yang berlangsung pada Julai 2025.

Beliau berkata selain Ben, kejohanan itu dijangka disertai beberapa pemain terkemuka dunia, namun penyertaan mereka masih dalam proses pengesahan.

"Lebih 10 pemain dunia akan hadir ke kejohanan ini. Bagi saya, ini satu pencapaian tertinggi dan mengejutkan kerana kejohanan ini berjaya menarik minat pemain bertaraf dunia," katanya.

Untuk rekod, Jelajah Asia PPA Piala Malaysia 2025 bakal menawarkan hadiah wang tunai melebihi USD150,000 (kira-kira RM630,000) menjadikannya hadiah terbesar dalam sejarah sukan pickleball di Asia Tenggara.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2025 @ 7:16pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1254218/bintang-pickleball-sertai-jelajah-asia-ppa-piala-malaysia-2025




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.047560 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list