CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 996|Reply: 8

SS tolak tawaran jadi presiden...

[Copy link]
Post time 19-8-2025 10:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menolak tawaran untuk kembali sebagai Presiden MUDA berikutan pembebasannya daripada pertuduhan rasuah.

Portal berita FMT melaporkan Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau memerlukan lebih banyak masa untuk membuat keputusan mengenai jawatan itu.

"Saya sudah memaklumkan kepada kepimpinan parti bahawa saya perlukan sedikit lagi masa.

"Saya mahu meluangkan masa bersama keluarga, fokus pada kerja di kawasan saya di Muar, dan meneruskan kutipan dana untuk keperluan penduduk tempatan.

"Saya sudah menyampaikan keputusan saya kepada kepimpinan parti, dan saya akan biarkan ia begitu sahaja," katanya seperti dipetik portal berita itu.

Pada 26 Jun lalu, pemangku Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz, menawarkan semula jawatan presiden parti itu kepada Syed Saddiq.

Syed Saddiq mengosongkan jawatan itu semasa perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya.

Beliau dibebaskan daripada empat pertuduhan bersubahat dalam pecah amanah jenayah, penyelewengan dana parti, dan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim membenarkan rayuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu, sekali gus mengetepikan sabitan salah, hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta, dan dua sebatan rotan terhadapnya.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2025 05:29 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi President Bassturd buat apa nak jadi President Muda. Duit pun dapat banyak skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2025 10:18 PM | Show all posts
Nak lompat parti ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah tak jadi presiden MUDA. Aku prefer yb amira jadi presiden, nampak serius buat kerja. Yang ni dah kemaruk dengan betina biarkan je. Eloklah saling menunggang antara 1 sama lain. Harap dua2 segera berkubur. Semak industri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2025 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Binodino replied at 20-8-2025 08:02 AM
Baguslah tak jadi presiden MUDA. Aku prefer yb amira jadi presiden, nampak serius buat kerja. Yang n ...


Amira tu serious buat keje??byk komen aku penah nampak dia buat bodoh je kt puteriwangsa tu.itu pun baru dun bukan  parlimen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2025 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 20-8-2025 08:09 AM
Amira tu serious buat keje??byk komen aku penah nampak dia buat bodoh je kt puteriwangsa tu.itu pu ...

Really? If that's the case perhaps eloklah dikuburkan je MUDA
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2025 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Takyah jadi presiden dan takyah libatkan diri dgn politik. Nampak mcm kau lebih berminat nak jadi retis sampai sanggup diayam2kan. Jgn membongak kata nak cari dana utk muo sedangkan dah dapat peruntukan. Tak nampak pun rakyat di negara muo dpt elaun poket sndiri lepas kau bertungkus lumus panjang gunung, redah laut caik dana.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2025 11:20 AM | Show all posts
takyah la, biar yb amira jadi presiden.... ko berjimba la dengan retis tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.262853 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list