CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 118|Reply: 0

[Kedah] Ahmad Maslan kongsi lulus viva di UUM, hanya pembetulan kecil

[Copy link]
Post time 13-8-2025 10:56 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Malan (empat kiri) kelihatan ceria selepas berjaya lulus sesi viva di UUM Sintok, hari ini. - Foto FACEBOOK AHMAD MASLAN





Ahmad Maslan kongsi lulus viva di UUM, hanya pembetulan kecil



  • Oleh KOSMO!
  • 13 Ogos 2025, 4:36 pm




PETALING JAYA – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan menzahirkan kesyukuran selepas berjaya lulus sesi viva bagi pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian, berkata, sesi berkenaan juga berjaya ditempuhi hanya dengan pindaan kecil sahaja.

“Syukur Alhamdulillah pagi ini, saya selesai dan lulus viva #PhD di #UUM #Sintok #Kedah dengan pindaan dan pembetulan kecil (minor correction).

“Saya akan hantar pembetulan itu dalam tempoh dua minggu. Tajuk tesisnya panjang, namun boleh diringkaskan kpd ‘Komunikasi dan GST’,” kongsinya di media sosial.

Terdahulu, beliau pernah menyuarakan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.

Menerusi ciapan di Twitter ketika itu, bidang yang dipilih beliau mungkin berdasarkan ekonomi dan kewangan.

“Semoga hasil tesis saya nanti boleh digunakan untuk manfaat rakyat dan negara.

“Hidup perlu diteruskan, perlu juga ada dimensi baru. Mohon doakan saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/13/ahmad-maslan-kongsi-lulus-viva-di-uum-hanya-pembetulan-kecil/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 10:16 AM GMT+8 , Processed in 1.802446 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list