CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 572|Reply: 2

Bercumbu, curang dengan kekasih? Fajar pilih tolak tepi dulu

[Copy link]
Post time 5-8-2025 08:23 PM | Show all posts |Read mode






Pernah terpalit kontroversi cinta, penyanyi Indonesia Fajar Noor tidak terkesan dengan kecaman netizen dan hanya mahu fokus meletakkan fokus tidak berbelah bahagia terhadap kerjaya nyanyiannya.


Fajar atau nama lengkapnya Fajar Nurdiansyah, 21, berkata, setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan dan perlu bertanggungjawab atas tindakan sendiri.


“Saya melalui kontroversi ini sama seperti manusia biasa juga. Teruskan hidup dan terima sahaja apa yang orang katakan.


“Kita pun manusia, pernah buat salah. Jadi sekarang saya ambil masa untuk baiki diri, hasilkan karya dan fokus pada apa yang sedang saya usahakan.


“Saya mahu menulis lagu dan buat masa ini cinta-cinta itu saya tolak tepi dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media pelancaran lagu Tahta Hatiku #Pendampingmu dan Menjaga Hati, hari ini.


Meskipun kehilangan sejumlah pengikut dalam Instagram selepas kontroversi tersebut, Fajar enggan ambil peduli dan menerima sepenuhnya segala kesan daripada perbuatannya.


“Diboikot peminat? Maksudnya, ramai yang ‘unfollow’? Oh ya, reaksi saya tidak mengapa, saya tak kisah.


“Saya tidak rasa kecewa kerana saya ini jenis yang bertanggungjawab atas apa yang saya buat. Jadi, saya okey dan terima seadanya.


“Saya jenis yang terus jalan sahaja. Itu semua tanggungjawab juga. Jadi terpulanglah kepada orang mahu cakap apa pun,” ujarnya lagi.


Pada Jun lalu, Fajar terpalit dengan kontroversi apabila Juara Indonesian Idol ke-13 Shabrina tanpa segan silu memuat naik video mereka sedang bercumbu dalam sebuah video hingga mengundang kecaman orang ramai.


Shabrina berkongsi sebuah video berbentuk time-lapse menunjukkan dia sedang menata rias wajah Fajar sebelum bertindak untuk mencium penyanyi itu.


Tidak terhenti di situ, Fajar juga didakwa berlaku curang ketika sedang menjalin hubungan bersama Shabrina.


Fajar didakwa kononnya mempunyai hubungan cinta bersama pelakon Indonesia, Amanda Lucson.


Situasi menjadi lebih teruk apabila Amanda berkongsi audio memaparkan Fajar menafikan sedang bercinta dengan Shabrina pada ketika itu.


Susulan itu, peminat menunjukkan protes kerana kecewa dengan tindakan penyanyi itu sehingga jumlah pengikut Fajar menurun sebanyak 20,000.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2025 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Redflag
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohemji
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.709730 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list