CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 0

10 maut, 9 hilang akibat hujan lebat, tanah runtuh di Korea Selatan

[Copy link]
Post time 20-7-2025 02:56 PM | Show all posts |Read mode


Gambar dari udara sebuah kampung ditenggelami air akibat hujan lebat di daerah Yesan, barat Korea Selatan. - Gambar Yonhap/AFP

SEOUL: Seramai 10 orang maut manakala sembilan lagi dilaporkan hilang dalam kejadian hujan lebat dan tanah runtuh yang bermula di seluruh Korea Selatan sejak empat hari lalu, menurut kerajaan pada Ahad.

Menurut Agensi Berita Yonhap, data daripada Kementerian Dalam Negeri dan Agensi Bomba Kebangsaan setakat 5 pagi Ahad menunjukkan sebahagian besar angka korban -- enam maut dan tujuh hilang -- dicatatkan di daerah selatan Sancheong.

Kematian lain berlaku di Osan, Wilayah Gyeonggi; Seosan, Wilayah Chungcheong Selatan dan Dangjin, Chungcheong Selatan. Dua daripada sembilan mangsa yang masih hilang pula dilaporkan di bandar Gwangju di barat daya negara itu.

Pegawai bomba berkata kerja menyelamat masih dijalankan di Sancheong yang mungkin menyebabkan perubahan pada angka kematian. Seramai 58 orang telah diselamatkan dari daerah itu sahaja.

Hujan lebat telah melanda negara itu sejak Rabu, dengan Sancheong menerima jumlah kumulatif hujan sebanyak 793.5 milimeter (mm). Daerah bersebelahan, Hapcheon, menerima 699 mm, manakala daerah berdekatan, Hadong, menerima 621.5 mm.

Pihak berkuasa telah merekodkan 1,920 kes melibatkan jalan raya dinaiki air, hakisan tanah dan kemusnahan kemudahan awam serta 2,234 kes kerosakan harta benda persendirian, termasuk bangunan dan tanah ladang.

Seramai 12,921 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan di 14 bandar utama dan wilayah.

Hujan lebat diramalkan berterusan di kawasan ibu negara dan Wilayah Gangwon sehingga pagi Ahad.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 1.350437 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list