CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 858|Reply: 0

[Terengganu] Nahas pelajar UPSI : Erika siap sedia duduki peperiksaan

[Copy link]
Post time 19-7-2025 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Nahas pelajar UPSI : Erika siap sedia duduki peperiksaan

Nurul Fatihah Sulaini[email protected]






NOR Erika Elysha ditemani ibunya, Noorzailizan yang terlantar dirumahnya selepas menerima rawatan di hospital selama 31 hari ketika ditemui dirumahnya di Kampung Alor Belanga, Jertih. FOTO Ghazali Kori




Besut: Biarpun baru sahaja seminggu dibenarkan keluar daripada hospital namun Nor Erika Elysha Mohd Zaidi, 21, sudah mula membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan semester kedua pada hari Rabu ini.

Sebelum ini penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malik, Perak itu cedera parah dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak pada 9 Jun lalu dimasukkan ke hospital selama 31 hari untuk menjalani proses rawatan.

Ibunya, Noorzailizan Zakaria @ Ariffin, 41, berkata, sebelum ini Erika dirawat selama 12 hari di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak dan 19 hari lagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

"Erika dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis minggu lalu dan kelmarin dia menjalani rawatan susulan serta berjumpa doktor di HSNZ.

"Ada dua lagi tarikh temujanji di hospital berkenaan pada hujung Julai serta awal Ogos sebelum rawatan susulan dibuat di Hospital Besut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Belanga, di sini hari ini.

Katanya, Erika akan menduduki peperiksaan secara lisan melalui dalam talian untuk mata pelajaran Usul Fiqh pada Rabu ini.

"Jika diikutkan pihak UPSI benarkan untuk tangguh peperiksaan namun dia tetap mahu teruskan (peperiksaan) kerana tidak mahu mengulang serta semua tugasan berkaitan mata pelajaran itu sudah selesai dilakukan.

"UPSI memberi kelonggaran untuknya memilih hari serta tajuk untuk dia bentangkan ketika hari peperiksaan," katanya.

Noorzailizan berkata, anak sulung daripada tiga beradik itu mengambil enam mata pelajaran pada semester ini namun hanya dua mata pelajaran sahaja ada peperiksaan selebihnya markah diberi berdasarkan kerja kursus serta tugasan dalam kelas.

"Peperiksaan bagi mata pelajaran Fiqh Ibadah akan dilaksanakan selepas itu.

"Selalunya Erika ambil masa awal pagi dan waktu malam untuk membuat ulangkaji sebagai persediaan menduduki peperiksaan.

"Erika mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dan pada semester pertama turut mendapat anugerah dekan," katanya.

Katanya, setakat ini tahap kesihatan anaknya menunjukkan perkembangan positif dan sudah boleh bangun serta berjalan perlahan dengan dipimpin olehnya.

"Sepanjang seminggu berada di rumah, orang ramai datang dari pelbagai tempat untuk melawat Erika.

"Paling jauh rombongan bas dari Rantau Panjang, Kelantan serta Kuala Terengganu termasuk ramai orang perseorangan yang datang," katanya.



Disiarkan pada: Julai 19, 2025 @ 4:15pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1242459/nahas-pelajar-upsi-erika-siap-sedia-duduki-peperiksaan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 30322 Replies : 34
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20765 Replies : 7
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40466 Replies : 408
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26425 Replies : 18
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 23894 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.635362 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list