CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 527|Reply: 0

Wanita diterbangkan ke hospital selepas diserang singa di zoo Australia

[Copy link]
Post time 8-7-2025 05:15 PM | Show all posts |Read mode


SYDNE: Seorang wanita telah diterbangkan ke hospital selepas digigit seekor singa di sebuah zoo di negeri Queensland, Australia, lapor Xinhua.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke Zoo Darling Downs, 110 kilometer ke barat daya Brisbane, sekitar 8.30 pagi Ahad susulan laporan seorang wanita berusia lingkungan 50-an diserang seekor haiwan.

Wanita berkenaan, yang merupakan kakitangan zoo, mengalami kecederaan serius pada lengan dan telah diterbangkan ke hospital di Brisbane dalam keadaan stabil.

Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan haiwan yang terlibat dalam kejadian itu ialah seekor singa dan wanita tersebut kehilangan lengan.

Zoo berkenaan dalam satu kenyataan di media sosial pada petang Ahad memaklumkan wanita itu sedang memerhati penjaga zoo bekerja di kawasan karnivor apabila haiwan tersebut menggigit lengannya.

Menurut zoo itu, haiwan berkenaan tidak pernah keluar dari kandangnya dan tiada risiko terhadap orang awam.

Zoo itu juga memaklumkan bahawa haiwan berkenaan tidak akan ditidurkan atau dihukum dalam apa-apa cara.

“Polis dan pegawai Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan sedang menyiasat insiden ini dan telah berada di lokasi sepanjang pagi. Zoo sedang bekerjasama dengan mereka untuk mengenal pasti bagaimana kejadian ini berlaku,” menurut kenyataan itu.

Zoo Darling Downs, yang menyambut ulang tahun ke-20 pada Jun, menempatkan harimau, harimau bintang dan singa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.531790 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list