CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 0

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran keselamatan

[Copy link]
Post time 8-7-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Letusan kuat Gunung Lewotobi Laki-Laki di daerah Flores Timur, Indonesia pada Isnin mencetuskan amaran bahaya apabila abu tebal dan batu kerikil yang jatuh mengancam penduduk berhampiran.

Letusan pada 11.05 pagi waktu tempatan itu memuntahkan awan mengandungi abu berwarna kelabu hingga hitam dan berintensiti tinggi sehingga 18 kilometer dari puncak gunung dengan serpihan gunung berapi dilaporkan jatuh di kawasan sekitar.

Pos Pemerhatian Gunung Lewotobi Laki-Laki mengesahkan letusan masih berterusan dan menasihatkan penduduk di lereng gunung menghentikan semua aktiviti serta bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk.

“Mereka yang terjejas akibat hujan abu dinasihatkan memakai pelitup muka atau menutup hidung dan mulut untuk mengelakkan bahaya pernafasan yang disebabkan oleh abu gunung berapi,” menurut laporan itu.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi Indonesia (PVMBG) telah menaikkan tahap amaran kepada Tahap Empat – yang tertinggi pada skala – dan menggesa penduduk serta pelancong mengelakkan semua aktiviti dalam radius enam kilometer dari kawah serta hingga tujuh kilometer di sektor barat daya hingga timur laut.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.477175 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list