CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 4

Pelakon Indonesia, Diah Permatasari dedah tak pernah keluar duit sendiri selama 28 tahun nikah dengan suami

[Copy link]
Post time 30-6-2025 09:10 PM | Show all posts |Read mode





PELAKON Indonesia, Diah Permatasari mendedahkan tidak pernah mengeluarkan wang selama menjalinkan hubungan cinta dan bernikah dengan suaminya iaitu usahawan Anton Wahyu Jatmiko.


Memetik laporan Kompas, Diah berkata, selama 28 tahun mendirikan rumah tangga, suaminya tidak pernah mengizinkan dia untuk menggunakan wang sendiri.


"Wang dia (suami) wang saya, wang saya bukan wang dia.


"Jika ada jualan murah di pusat membeli-belah, saya akan mengajak suami dan dia akan membayar semua barangan yang saya mahu," katanya.


Tambah Diah,  Anton berusaha keras untuk memastikan semua keperluan dapat disediakan sekali gus mahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dengan baik.


Katanya, tindakan itu memang sewajarnya dilakukan oleh para suami dan dia berasa hairan apabila segelintir individu menyifatkan sikap Anton adalah luar biasa.







"Sebenarnya apa yang dilakukan suami saya ini memang wajar. Kenapa ada yang memerli dan mengatakan hidup saya sangat selesa.


"Bukankah suami memang harus memberi nafkah kepada isteri, bukan kita yang perlu beri wang buat suami," ujarnya.


Untuk rekod, Diah mendirikan rumah tangga dengan Anton pada 5 April 1997.


Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marcello Louis Reynara dan Marciano Nicholas Jatmiko.


Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube







Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 09:40 AM | Show all posts
Hati2 kak, laki uols pulak helok...berharta.. bekas model 90an laki dia ni...batch2 Anjasmara, Tora Sudiro, Donny Damara etc etc... hihihi motips meols kenal laki dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 04:01 PM | Show all posts
such a green flag or forest green nya laki chuols mbakkk oi. ok, moga kekal bahagia mbakk sama masnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg patut mcm tu pun. Untung dia dpt suami yg sgt bertanggungjwb
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2025 08:04 AM | Show all posts
Alhamdulillah untung dapat suami bertanggunjwb
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2026 03:54 PM GMT+8 , Processed in 1.985759 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list