CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2269|Reply: 15

Lelaki kongsi cara halus majikan singkirkan pekerja veteran, pindah ke jabatan ‘kerja berat’ - “Mereka buat sampai berhenti sendiri”

[Copy link]
Post time 30-6-2025 02:19 PM | Show all posts |Read mode



PRESTASI kerja kakitangan merupakan antara aspek penting dalam mana-mana industri pekerjaan.


Malah pencapaian yang diperoleh sering menjadi penentu kepada hala tuju kerjaya seseorang berbanding tempoh perkhidmatan.


Menyaksikan sendiri bagaimana 'penghargaan' diberikan kepada pekerja, seorang lelaki berkongsi cerita tentang pengalaman pahit yang dialami kakitangan veteran di syarikatnya bekerja.






"ernah jadi depan mata, pekerja paling lama di syarikat, bekerja lebih 40 tahun tapi akhirnya dibuang macam sampah.


"Faktornya adalah tak perform sebab sudah tua, padahal dia salah seorang pekerja yang ada semasa kilang baru dibuka dulu," ujarnya menerusi hantaran di media sosial.


Menurut pelayar ini lagi, nombor pekerja terbabit yang baru dua digit sudah cukup menggambarkan betapa lama dia berkhidmat di kilang berkenaan.


Namun ia tetap tidak membantunya untuk kekal bekerja sehingga tempoh persaraan yang ditetapkan.


"Dia punya nombor kakitangan pun dua digit je, tapi pengurusan tak pecat secara terus.


Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula.- WARGA MAYA


"Mereka buat sampai pekerja tu berhenti sendiri, dia bukan sahaja ditukarkan ke jabatan yang hard labor.


"Tetapi turut memberi tekanan kepadanya kerana tak berjaya capai sasaran tugasan yang diberi," tambahnya.


Mengakui sayu dengan situasi dialami pekerja veteran berkenaan, dia menjelaskan bahawa syarikat tidak akan mempedulikan pekerja melainkan mendapat keuntungan daripadanya.


Cerita yang dikongsikan itu mengundang pelbagai reaksi warga maya.


Meskipun bersimpati dengan nasib yang dialami pekerja terbabit, namun ada yang menyatakan ia adalah masa terbaik untuk mengundur diri dan memberi peluang kepada anak muda.


"Dah 40 tahun bekerja pun, bagi peluang pada orang muda pula.







"Nak kekal di posisi tertentu, jangan sesekali kongsikan pengetahuan anda kepada orang lain.


"Kes macam ni biasanya melibatkan syarikat yang telah diwarisi sebab kalau pemilik asal, dia tak akan buat macam tu pada pekerja yang bantu menaikkan syarikat.


"Bank banyak buat macam ni, dia campak ke bahagian pemasaran dan orang yang tak pernah buat, sukar capai sasaran," demikian perkongsian warga maya.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2025 02:26 PM | Show all posts
banyak ja benda ni terjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 02:49 PM | Show all posts
standet la swasta tu mmg cara halus nk buang pekerja,
nak xnk kalau keje swasta mmg kena pencen awal,
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni biasala.. Ak skang pun da start kn compete ngn bdk2 muda klu x nk ketinggalan.. Tp ramai je akk2 abg2 or baya ak yg keje sekadar nk dpt gj bulan.. Tgh tggu Kot2 ada vss....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe rezeki luas tempat lain ada peluang
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 04:02 PM | Show all posts
untuk yang baru mula kerja.. bagusnya juga ada beberapa kemahiran.

bila kena kes mcm ni, boleh juga buat benda lain. .. tp kalau kena buang pun mungkin boleh minta ditempat lain lagi.... teruskan kehidupan selagi hidup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2025 06:59 PM | Show all posts
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri

dah la keje belambak, tak terbuat sorang, pastu tak berhenti bergerak dari 8 pagi sampai 5 petang. ada hari kena berlari dari satu building ke satu building

balik penat sangat, otak serabut, nak tido tak boleh. esok bangun pagi penat tak hilang. sambung lagi..

ada hari sheols kata, badan sakit, kepala migrain. terpaksa ambil mc. kadang2 tengah tunggu giliran kat klinik, bos and colleague call marah2 kerja tak jalan. kalau hari ni amik mc, besok datang keje, semua layan dia marah2

last2 sheols berhenti, itupun bagi notis sebulan. tapi ulang alik klinik hospital.. nangis la, jerit la.
sekarang tak tau apa cerita. sheols dah tak reply, call tak angkat. socmed semua dah tak update. iols mampu doakan dari jauh je la
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2025 08:19 PM | Show all posts
Yg tetek bsar d simpan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN: kawan iols kena camni sampai b ...

Aku pun pernah kena, boleh dikatakan trauma sampai sekarang, lesson learned la untuk aku supaya beringat. tapi takpala lepas tu dapat kerja kat tempat lain. tapi aku tak setuju komen kata jangan share knowledge dengan orang lain kalau nak stay lama coz buat apa nak stay lama kalau persekitaran toksik. Not worth your time & energy la nak melawan & melayan benda benda tak mendatangkan hasil ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
PULANGKAN replied at 30-6-2025 10:59 AM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri

dah la keje belamb ...

Kesian nya.. mmg job scope dia mcm tu ke.. macam kena buli dah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 08:06 AM | Show all posts
klu kerja swasta begitulah....top management mengeluh kerugian tapi tetaplah bercuti diluar negara dan membeli kereta dan aset mewah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 08:44 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 30-6-2025 06:59 PM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri

dah la keje belamb ...

kawan cuols tak report kat labour office ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:14 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 30-6-2025 06:59 PM
kawan iols kena camni sampai berhenti kerja, trauma, sampai kena jumpa psikiatri

dah la keje belamb ...

kesiannye kwn u kne buli.. i pernah juga hadap benda ni 2x,
1. keje dkt cmpny cina yg i satu2nya melayu, radio pun cina dorang amk i sbb ada staff nk cuti kawen smggu dua kire mcm terpksa.. opismate yg i kne kejesama tu racist nau & dorang tak bg pkai jeans bla bla tp staf lain semua pkai mini skirt jeans tu.. pantry bau hanyir tak tahu nk ckp bau ape.. i keje 2mggu je, nsb kau laa tak dpt cuti kawen lame2


2. keje cmpny ramai melayu tp semua palau i tp manager (cina) i baik, tak tahu knp dorang cmtu kalau smggu dua takpela ni smpai 3bulan keadaan sama.. i senyum semua buat muka nak2 yg ddk blkg i terpaling pekerja lama terpaling busy.. budak2 production pggl dia Gigi sbb jongos! pastu ada sorang warga emas pmpuan jd mcm ketua manager kt situ peh kemain berlagak i senyum dia buat muka pastu time solat dia tak suke ada org lain dlm bilik tu.. pundekk diaaa pdhl kilang tu kecik je pun dala byk menipu sbb bos nk jimat.. mujur dpt keje lain tak lama kt situ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:22 AM | Show all posts
ini satu hal, yg aku tak puas ati staff tak perform di cold storage, gaji jalan, bnyk plak tu.. lagi seronok la member dtg kerja takde buat apa, kerja sikit2, gi minum, sembang sana sini.. ujung bulan dpt gaji. tau2 dia pencen dah...eh eh eh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:23 AM | Show all posts
Begitulah relaiti kerja swasta...habis madu sepah dibuang...ramai jd mcm ni keliling iols...ada dari company baru setup, siap ada 1 company setup under nama dia...last2 bila da tua, xberapa nak perform kena transfer masuk store..jaga inventory..tercalar maruah terus berhenti kerja...malas nk beria, buat kerja balik kerja..i ols kerja xda la beria sampai blk lambat..pepandailah kerja tu tunggu iols esok utk disambung..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:38 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 1-7-2025 08:06 AM
klu kerja swasta begitulah....top management mengeluh kerugian tapi tetaplah bercuti diluar negara d ...

setiap kali solat jemaat dan solat fardu, kau doakan aje bos2 mcm tu serta kelorganya melingkop...
kalau ada bakat dan modal, buka bisnes yang sama dan saing,,, puas hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.360958 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list