CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 569|Reply: 0

Kerap pergi konsert, wanita serik lepas alami masalah pendengaran - "Mungkin tuhan kata sudah cukup"

[Copy link]
Post time 18-6-2025 02:38 PM | Show all posts |Read mode






MENGHADIRI konsert penyanyi atau band kegemaran menjadi impian bagi setiap peminat.


Di X, seorang wanita berkata dia nekad untuk berhenti menghadiri konsert selepas mengalami masalah pendengaran.


Dalam perkongsiannya, wanita Indonesia itu berkata dia mempunyai masalah saraf telinga sejak kecil, namun semakin memburuk apabila mendengar bunyi muzik yang kuat.


"Ini sebenarnya berlaku di luar jangkaan dan secara tiba-tiba. Yang membuatkan aku terus berhenti pergi konsert kerana pada bulan Mac, aku pergi jumpa doktor.


"Tanpa disangka-sangka, telinga aku tidak normal, ada kelainan saraf dari kecil tapi semakin parah kerana earphone dan konsert yang aku hadiri.


"Aku tak akan pernah menyesal, tiga tahun ini sangat bahagia dan puas hidup. Cuma, mungkin tuhan kata sudah cukup.


"Doktor kata kalau diteruskan akan semakin merebak keadaan telinga saya. Tapi tak apa, hidup tetap akan diteruskan," kongsinya.


Kesan jangka panjang kehilangan pendengaran akibat bunyi bising


Bayangkan pendedahan kepada bunyi bising sebagai proses yang mempercepatkan penuaan telinga anda.


Setiap konsert yang kuat, setiap deruman enjin motosikal, sedikit demi sedikit menghakis ketahanan pendengaran anda.


Menurut laman sesawang Listening Lab, anda mungkin mengalami kehilangan pendengaran sementara selepas menghadiri acara yang bising.


Namun ia juga merupakan petanda awal kerosakan yang berpotensi berlaku di masa hadapan.


Lebih membimbangkan, kerosakan ini bersifat kumulatif.


Semakin kerap telinga anda terdedah kepada bunyi berlebihan, semakin tinggi risiko untuk mengalami kehilangan pendengaran yang ketara apabila usia meningkat.


Berita baiknya, kehilangan pendengaran akibat bunyi bising sebenarnya boleh dicegah.


Dengan mengambil langkah berjaga-jaga yang mudah, anda boleh mengurangkan risiko ini dengan ketara dan terus menikmati muzik sepanjang hayat.








Berikut tiga langkah yang boleh diambil ketika menghadiri konsert:


1. Gunakan pelindung telinga: Laburkan wang untuk membeli penyumbat telinga yang direka khas untuk konsert. Ia boleh mengurangkan tahap bunyi muzik tanpa menjejaskan kualitinya, membolehkan anda menikmati pengalaman audio sambil melindungi pendengaran.


2. Pantau tahap bunyi: Muat turun aplikasi pengukur bunyi (sound metre) di telefon pintar anda untuk mengetahui tahap kebisingan di sekeliling. Jika bunyi melebihi 85 desibel secara berterusan, sudah tiba masanya untuk ambil langkah berjaga-jaga.


3. Rehatkan telinga: Jauhkan diri daripada pembesar suara dan ambil rehat secara berkala di kawasan yang lebih senyap untuk memberi ruang kepada telinga anda berehat. Rehat yang singkat boleh memberi kesan yang positif.






Sumber : mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 1.097328 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list