CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8826|Reply: 0

PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan berkuatkuasa 7 Julai

[Copy link]
Post time 7-6-2025 06:41 PM | Show all posts |Read mode
PDRM umum pertukaran 17 pegawai kanan berkuatkuasa 7 Julai

Oleh BERNAMA - Jun 7, 2025 @ 6:23pm





Gambar hiasan. - Foto fail NSTP



KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai ini.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata ia termasuk Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Yusni Mohd Jamil yang kekal di jawatan sama dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Beliau berkata pertukaran lain antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Wildlife Crime Bureau), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohammad Azlin Sadari yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu turut terlibat dalam pertukaran kali ini dengan dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak dengan memangku pangkat SAC.

"Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang, ACP Nasri Jamaluddin pula akan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah E6B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

"Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Zulkiflee Rashid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/ Kepolisan Am) Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superitendan Mohamad Rusli Mat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku pangkat ACP.

Kamaruzaman berkata Penolong Pengarah E5B Cawangan Khas Bukit Aman, Superitendan Noor Azman Amardin dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.

Turut terlibat Pegawai Turus E1 Cawangan Khas Sabah, Superitendan Mohd Azizul Rosun Khan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Sabah dengan memangku pangkat ACP.

"Ketua Unit Saraan/Gaji Cawangan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/PerjawatanJabatan Pengurusan Bukit Aman Superitendan Wan Zulfadli Wan Mustafa pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) Bahagian Kewangan/ Perolehan/ Kepolisan Am Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP," katanya.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1405553/pdrm-umum-pertukaran-17-pegawai-kanan-berkuatkuasa-7-julai





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.398862 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list