CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1596|Reply: 6

‘Booking lain dapat lain, siap ada bangkai katak dalam kolam’

[Copy link]
Post time 5-6-2025 01:45 PM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Sebuah keluarga tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan ketika bercuti ke Langkawi baru-baru ini apabila keadaan rumah tidak seperti yang diiklankan.


Menerusi video yang dimuat naik @mira.advisor di akaun TikToknya, kejadian berlaku ketika mereka yang terdiri daripada 13 dewasa dan kanak-kanak ingin ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).


Pada mulanya, wanita itu berkata sepatutnya mereka menginap di rumah lain, akan tetapi ditukar oleh pemilik sehari sebelum tarikh masuk.


Namun ketika tiba di inap desa kedua, alangkah terkejutnya keluarga itu apabila melihat keadaan rumah yang usang, menyeramkan serta langsung tidak terjaga.


Lebih teruk lagi, air kolam yang berada di tengah rumah tersebut berada dalam keadaan sangat kotor sehingga ada bangkai katak yang tidak dibersihkan.


Ia mengejutkan pengguna tersebut kerana gambar yang diiklankan sungguh berbeza dengan apa yang dilihat depan mata.


“Masa ‘booking’ (tempah) gambar lawa, dah sampai lain pula cerita. Dah sampai ‘homestay’ and nak ‘check in’, tengok persekitaran memang tak selamat.. tak
bersih dan seram.


“Sehari sebelum pemilik ada beritahu ada biawak mati dalam rumah dia.. Jadi bila berbincang, dia setuju bagi rumah pintu yang lain.. Tapi bila dah sampai, pemilik kata tak sempat kemas rumah yang dijanjikan,” katanya.


Ujarnya, meskipun pemilik bersetuju untuk memulangkan semula duit sepenuhnya namun mereka sekeluarga berdepan dengan kesusahan kerana perlu mencari rumah inap desa yang lain.


“Dah sampai sana weh, ‘homestay’ pula memang tak selamat diduduki.. telefon sana sini dan alhamdulillah dapat ‘homestay’ baru lebih dekat dengan lapangan terbang dan banyak bilik.


“Tak tahu nak dikategorikan sebagai ‘scam’ atau tak sebab pemilik pulangkan duit sepenuhnya.. Cuma mmg huru hara hari pertama kami,” tulisnya lagi.


Kelihatan di dalam video itu, dapur inap desa terbabit dalam keadaan tidak terjaga dengan bumbung rosak serta ada pokok menjalar masuk ke bahagian penyimpanan kuali.


Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.2 juta tontonan, 14,100 tanda suka dan 2,283 perkongsian.


Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai merupakan anak kepada pemilik inap desa tersebut tampil di ruangan komen memohon maaf kepada wanita itu.


Katanya, keadaan rumah itu adalah kesan daripada perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika Covid-19 membuatkan sukar untuk mengekalkan kebersihan seperti sebelum ini.


“Saya sebagai anak kepada pemilik tempat ini sangat memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku. Ini semua sebab PKP yang terlalu lama menyebabkan kesukaran untuk menjaga ‘maintenance’ tempat ini secara rutin,” komen lelaki tersebut.


Dalam pada itu, tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ada juga pengguna lain senasib dengan wanita ini apabila ditipu oleh pemilik mengiklankan gambar lama di inap desa yang sama.


“Saya pernah menginap pada tahun 2018. Keadaan masa tu lebih kurang sama juga. Kawasan dapur memang semak samun menjalar. Kolam masa tu pun kotor juga, banyak daun kering,” komen Miss Bee.


“Aku dah kena dah dengan ‘homestay’ yang sama. Masa LIMA’25 tu juga. Pagi-pagi dah mencari penyapu dengan mop,” komen Sasha.  

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2025 02:14 PM | Show all posts
nasib dpt duit balik
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2025 03:06 PM | Show all posts
zaman lockdown dah bertahun rasanya.. masih viable ke jawapan lockdown ni? maaf bertanya. sebab iols pun tak pasti camane run bisnes homestay bagai ni

alhamdulillah dah banyak homestay kami pergi serata Malaysia, setakat ni takde masalah. malah dapat owner yang baik2
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2025 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mula-mula baca, kesian kat owner kena viral sebab dah pulangkan duit. Tapiiiiii... Alasan PKP??? Serius aah?! Ni dah masuk pertengahan 2025 kot! Kau nak maintain bisnes homestay, kau repair lah bagi cantik dan jaga all the time. Ni ada orang nak masuk, baru terhegeh-hegeh nak prepare. Biawak mati tu dah membusuk baru sedar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2025 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkawi is an island of scammer I guess. Be safe. Book hotel.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2025 07:32 AM | Show all posts
dah terlalu lama tidak ke pulau langkawi tetapi andai pergi solo atau berdua atau bertiga adalah lebih baik tinggal di hotel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2025 11:27 AM | Show all posts
PKP 5 tahun yang lepas baiiiii...  menipu je kejenya...  bodoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.082727 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list