CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1059|Reply: 2

Geram ditunjuk isyarat lucah, wanita tengah main gim kejar budak lelaki sampai ke kolam - “Mak tak ajar, biar makcik ajarkan”

[Copy link]
Post time 26-5-2025 05:37 PM | Show all posts |Read mode


SESI bersenam seorang wanita di sebuah gim berhampiran kolam renang bertukar menjadi insiden panas dan menyakitkan hati setelah dia didatangi seorang kanak-kanak lelaki yang berkelakuan biadab.


Kisah tersebut dikongsikan individu dengan nama Kay Rashid menerusi satu hantaran di TikTok.


Menurut Kay, dia pada awalnya dia berasa terganggu apabila seorang budak lelaki mula mengetuk-ngetuk cermin gim dari luar.


"Saya memang sudah geram, apa fasal nak ketuk-ketuk? Lepas tu dia tunjuk f*ck (isyarat jari tengah) dengan muka tak bersalah. Tak apa… mak tak ajar ye, makcik ni ajarkan,” katanya.


Tidak mahu membiarkan kelakuan itu berlalu begitu sahaja, Kay terus keluar dari gim dan menuju ke arah kolam renang untuk mendapatkan penjelasan.


"Saya tanya, anak siapa ni? Sebab ada tiga orang mak dekat situ. Seorang akak tu cakap itu anak dia.


"Saya cakap, maaf kak, saya kena ajar anak akak. Kurang ajar sangat tunjuk jari tengah ni," katanya lagi.


Tambahnya, ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak menghalang tindakannya dan dilihat seolah-olah memberi keizinan untuk menegur anaknya sendiri.


Kay kemudiannya memaksa budak lelaki terbabit keluar dari kolam dan mendesaknya untuk memohon maaf atas perbuatan tersebut.


Namun begitu, pada mulanya budak lelaki itu didakwa enggan bekerjasama dan memberi pelbagai alasan.


"Dia kata kawan-kawan sebelah suruh buat. Saya cakap tak payah nak salahkan orang lain. Awak buat, awak kena tanggung.


"Saya suruh dia minta maaf, tapi dia susah nak cakap. Mak dia jerit dari jauh suruh minta maaf. Lepas minta maaf, dia terus nak pergi masuk kolam.


"Saya cakap duduk sini, salam tangan dan minta maaf,” ujarnya lagi menceritakan semula situasi yang berlaku.


Malah, Kay turut memegang lengan dan dagu kanak-kanak itu untuk memastikan dia benar-benar ikhlas ketika meminta maaf dan memandang wajahnya secara langsung.


Sebelum keluarga itu beredar, Kay turut memberikan ‘amaran’ terakhir dengan memandang tajam dari pintu gim bagi memberi peringatan agar budak itu tidak mengulangi perbuatan sama.




Hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan Kay memberi pengajaran terhadap kanak-kanak tersebut.


"Rasa hormat pada mak budak tu. Kalau anak salah, jangan dibela ya.


"Bagus mak dia. Biasa budak macam ni kalau dah balik rumah nanti, mak tambah 'perisa' lagi.


"Budak sekarang memang lebih dengar cakap orang lain berbanding mak dia sendiri," komen beberapa netizen. - mstar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2025 10:06 AM | Show all posts
Bagus mak dia, bagi je permission. Ni ada setengah lagi nak back up anak sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
bayangkan emak budak tu record video akak ni tgh marah anak dia. lg best anak dia tersedu2 lak nanges kene marah.. sempat emak dia post dlm TT pakej dgn ayat2 sedih..harus viral satu malaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.251998 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list