CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1090|Reply: 0

[SEJARAH] Idea yang terhasil kerana rasa malu untuk melekapkan telinga pada wanita

[Copy link]
Post time 28-4-2025 10:35 PM | Show all posts |Read mode



Jika melihat doktor, salah satu peralatan yang sering ada padanya ialah sejenis alat yang tergantung pada lehernya. Itu stetoskop, alat yang digunakan untuk memeriksa denyutan jantung pesakit.

Dikatakan konsep analisis penyakit melalui kadar degupan jantung telah diguna pakai sejak zaman Mesir purba. Namun menurut catatan sejarah, stetoskop mula dikembangkan pada abad ke-17 di Perancis oleh seorang doktor yang bernama Rene Theophile Hycinthe Laennec. Beliau mendapat idea untuk mencipta stetoskop sewaktu bekerja di Hospital Necker.
Doktor Rene terdetik untuk mencipta alatan ini sewaktu sedang memeriksa seorang pesakit wanita. Rene rasa malu untuk meletakkan telinganya di dada pesakit yang mana merupakan metode yang digunakan para doktor pada zaman itu.



Rene kemudian teringat tentang satu permainan yang sering dilakukannya semasa kecil. Dia menggulung 24 helaian kertas. Salah satu hujung kertas tersebut diletakkan pada telinganya manakala hujung sebelah lagi diletakkan di dada pesakit wanita itu. Rene berasa puas hati kerana kertas yang berbentuk seperti kon itu dapat mendengar denyutan jantung pesakit dengan cukup jelas.
Doktor Rene menamakan alatan ini sebagai Le Cylindre. Nama ini kemudian diubah menjadi stetoskop yang diambil daripada bahasa Yunani yang membawa maksud ‘saya lihat’ dan ‘dada’.


Beliau kemudiannya mencipta stetoskop yang diperbuat daripada sepotong kayu yang mana salah satu hujungnya mempunyai lubang untuk diletakkan di telinga dan hujung yang satu lagi pula berbentuk cekung.
Rene kemudiannya menerbitkan ciptaannya itu dalam risalah klasik pada tahun 1819 di mana dia menerangkan tentang kegunaan stetoskopnya berserta dengan lukisan reka bentuknya.

Edisi kedua stetoskop ciptaan Doktor Rene diterbitkan pada tahun 1826 setelah beliau meninggal dunia akibat penyakit TBC.  Pada ketika itu, stetoskop direka sepanjang 12 inci dengan diameter 0.38 inci. Harga jualan stetoskop ketika itu hanyalah sebanyak 2 franc.
Seiring perkembangan masa, bentuk dan kegunaan stetoskop juga berkembang. Kini terdapat banyak jenis stetoskop yang dicipta digunakan untuk mendengar suara yang dipancarkan oleh beberapa organ termasuk jantung, usus, perut dan sistem peredaran darah. - UTUSAN TV



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.054946 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list