CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 588|Reply: 1

Kerap minum kopi bila memandu perjalanan jauh untuk kekal segar. Ada kesan sampingan yang ramai belum sedar.

[Copy link]
Post time 11-4-2025 11:24 PM | Show all posts |Read mode



PERJALANAN jauh balik kampung memerlukan pemandu dalam keadaan segar dan sihat.


Lebih-lebih lagi apabila terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas yang boleh memakan masa tambahan beberapa jam. Ramai pemandu memilih untuk minum kopi bagi mengekalkan tenaga, tetapi pengambilan kafein yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.


Justeru, SinarPlus sempat menemu bual doktor perubatan dari Klinik Ikram Panji Curve, Dr Mohd Aiman Abd Latif bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai pengambilan kafein.


Menurut beliau, minuman tersebut jika diambil secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya:

Insomnia – Kafein merangsang otak untuk kekal segar, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh mengganggu kualiti tidur.


Tekanan darah tidak stabil – Minuman berkafein boleh meningkatkan tekanan darah kerana kesannya terhadap sistem saraf. Individu yang biasa mengambil tiga hingga lima gelas sehari disarankan mengurangkannya.




Degupan jantung laju – Pengambilan lebih 400 mg kafein sehari boleh menyebabkan jantung berdegup laju, rasa berdebar, dan kegelisahan.


Gastrik – Kafein meningkatkan asid dalam perut yang boleh menyebabkan gastrik dan gastroesophageal reflux disease (GERD).


Ketagihan – Kesan ketagihan kafein termasuk keletihan, mudah marah, sukar fokus dan sakit kepala.


Gangguan penyerapan zat – Kopi mengandungi antioksidan yang boleh mengganggu penyerapan zat besi, kalsium, dan vitamin B.


Pakar tersebut menjelaskan bahawa kafein boleh menyebabkan saluran darah ke otak menjadi sempit.


“Apabila kesan kafein hilang, saluran darah mengembang, menyebabkan aliran darah meningkat ke otak, yang boleh menjadi punca sakit kepala.


“Selain itu, kafein bersifat diuretik yang menyebabkan kerap membuang air kecil, meningkatkan risiko dehidrasi,“ kongsinya.


Beliau turut menambah, tanda seseorang mengambil terlalu banyak kafein termasuklah sukar bernafas, degupan jantung kencang, dan tenaga berlebihan.


“Walaupun kelihatan membantu produktiviti, pengambilan berlebihan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.


“Kanak-kanak dan remaja tidak digalakkan mengambil minuman berkafein kerana kandungan gulanya yang tinggi boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi,“ ungkap beliau lagi.


Sebagai minuman yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai jenis kopi yang tersedia di pasaran a. Antaranya, kopi segera, kopi O, kopi susu, dan kopi campuran herba.


Bagaimanapun, pengambilan minuman itu yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penyakit kronik.


“Hakikatnya, kafein tidak berbahaya jika diambil dalam jumlah sederhana.


“Ia sering digunakan dalam perubatan, termasuk dalam ubat tahan sakit bagi meningkatkan keberkesanannya serta dalam rawatan bayi pramatang untuk membantu pernafasan.


“Oleh itu, kafein boleh dimanfaatkan dalam jumlah terkawal tanpa memberi kesan buruk kepada kesihatan,“ ulas Dr Mohd Aiman lagi.


Oleh yang demikian, beliau menyarankan beberapa langkah bagi mengurangkan pengambilan kafein.


“Amalkan minum lebih banyak air kosong, menggantikan kopi dengan air lemon atau susu. Selain itu, amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam.


“Pemandu yang bercadang untuk melakukan perjalanan jauh perlu bersiap sedia dengan baik untuk menjaga kesihatan mereka.


“Jika mengalami pening kepala semasa memandu, ia bukan sahaja berbahaya kepada diri sendiri tetapi juga kepada penumpang dan pengguna jalan raya lain,“ ujarnya lagi.


Oleh yang demikian, beliau menasihati mereka yang memandu supaya berhenti rehat dan memastikan kesegaran tubuh sebelum meneruskan perjalanan.


Selain itu, sediakan kudap-kudapan seperti buah-buahan dan kekacang antara alternatif yang boleh membantu menghilangkan rasa mengantuk tanpa perlu bergantung kepada kopi.




[url=https://api.whatsapp.com/send?text=Kerap%20minum%20kopi%20bila%20memandu%20perjalanan%20jauh%20untuk%20kekal%20segar.%20Ada%20kesan%20sampingan%20yang%20ramai%20belum%20sedar.%20https://sinarplus.sinarharian.com.my/article/183052][/url]
[url=https://telegram.me/share/url?url=Kerap%20minum%20kopi%20bila%20memandu%20perjalanan%20jauh%20untuk%20kekal%20segar.%20Ada%20kesan%20sampingan%20yang%20ramai%20belum%20sedar.%20https://sinarplus.sinarharian.com.my/article/183052][/url]










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2025 03:17 PM | Show all posts
ini adalah di antara beberapa life's little pleasure yang belum get tainted
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057252 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list