CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 915|Reply: 0

[DUNIA] Di sebalik musibah Putra Height, ini antara tragedi letupan gas terburuk dalam sejarah dunia

[Copy link]
Post time 7-4-2025 09:00 PM | Show all posts |Read mode


Ketika umat Islam sedang bergembira menyambut kedatangan Syawal, kita dikejutkan dengan tragedi letupan dan kebakaran saluran gas Petronas di Putra Height, Selangor, pada 1 April lalu.


Ia mengakibatkan kebakaran dengan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah sehingga 1,000 darjah Celsius dan menyebabkan lebih 200 buah rumah di kawasan sekitar terjejas dengan 87 daripadanya musnah sepenuhnya. Seramai 116 buah keluarga terjejas akibat kejadian tersebut.


Di sebalik kejadian letupan gas yang terburuk dalam sejarah negara kita ini, banyak juga kejadian letupan gas berlaku di seluruh dunia. Kali ini, kami ceritakan tentang empat tragedi terbesar membabitkan letupan gas dalam catatan sejarah.




1.LETUPAN GAS TEXAS CITY (1947)


Tragedi yang berlaku pada 16 April 1947 di pelabuhan Texas City di Texas ini merupakan salah satu bencana industri yang dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.


Letupan berlaku di atas kapal kargo yang membawa ammonium nitrat (bahan kimia yang mudah meletup). Ketika itu, kapal Grandcamp yang berlayar dari Texas City membawa muatan ammonium nitrat sebanyak 2,300 tan metrik.


Ammonium nitrat adalah bahan kimia yang sering digunakan dalam penghasilan baja, tetapi ia juga boleh menjadi bahan peledak yang sangat berbahaya apabila terdedah kepada api atau suhu tinggi.


Pada pagi 16 April 1947, kebakaran telah berlaku di dalam kapal tersebut yang sedang berlabuh di Pelabuhan Texas City. Punca kebakaran tidak diketahui dengan pasti, tetapi dipercayai ada kaitan dengan suhu tinggi atau percikan api yang menyebabkan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam kapal tersebut telah terbakar.


Pihak berkuasa pelabuhan berusaha untuk memadamkan kebakaran tetapi gagal mengawal api yang semakin membesar. Kebakaran itu menyebabkan letupan besar berlaku yang menggegarkan kawasan pelabuhan dan sekitarnya.


Letupan itu sangat kuat dan gegarannya dapat dirasakan sejauh lebih 10 batu dengan kawasan itu dilitupi asap hitam dan debu. Kekuatan letupan itu mampu merobohkan bangunan dan menyebabkan kerosakan yang besar di Texas City.


Bangunan, kilang dan struktur di kawasan pelabuhan musnah sepenuhnya. Kebakaran turut berlaku di kawasan berhampiran, dan lebih banyak letupan kecil berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas letupan utama.


Sebuah kapal lain, High Flyer, yang berlabuh berhampiran  kapal Grandcamp turut meletup dalam kejadian tersebut, mengakibatkan lebih banyak kemusnahan.


Lebih kurang 581 orang terbunuh (sesetengah laporan menyebut angka kematian lebih tinggi kerana ramai mangsa yang tidak dapat dikenal pasti atau hilang tanpa kesan), dan lebih 5,000 orang cedera. Kebanyakan mangsa adalah pekerja pelabuhan, anggota bomba, dan penduduk setempat.


Letupan Gas Texas City 1947 adalah satu peringatan tragis tentang betapa berbahayanya pengendalian bahan kimia yang tidak dikendalikan dengan betul. Ia memberikan kesan besar bukan sahaja kepada masyarakat di Texas City tetapi juga kepada industri keselamatan dan peraturan persekitaran di Amerika Syarikat, dengan banyak langkah keselamatan baru diperkenalkan selepas tragedi tersebut.




2.LETUPAN GAS BHOPAL (1984)


Tragedi letupan gas Bhopal merupakan salah satu bencana industri terbesar dan paling tragis dalam sejarah dunia. Kejadian yang berlaku pada 3 Disember 1984 di Bhopal, India, telah menyebabkan kematian serta penderitaan kepada puluhan ribu orang.


Tragedi ini berlaku di kilang Union Carbide India Limited (UCIL) yang terletak di kawasan pinggir bandar Bhopal, sebuah bandar di negeri Madhya Pradesh, India.


Kilang ini menghasilkan pesticid (racun serangga) yang dikenali sebagai Sevin, yang menggunakan bahan kimia yang sangat berbahaya seperti metil isosianat (MIC). Ia adalah gas yang sangat toksik dan mudah terbakar.


Pada malam 2 Disember 1984, sejumlah besar MIC telah bocor dari tangki penyimpanan di kilang tersebut. Masalah penyelenggaraan dan tidak mementingkan sistem keselamatan turut menjadi faktor kebocoran tersebut yang akhirnya bertukar menjadi bencana.


Pada 3 Disember 1984, sekitar jam 12:00 tengah malam hingga 12.30 pagi, kebocoran gas berlaku dalam jumlah yang besar, menyebabkan pelepasan gas yang sangat toksik ke udara yang memicu kepada letupan gergasi di kawasan itu.


Mangsa bukan bukan hanya terkorban dalam letupan tetapi juga ramai yang mati kerana gas beracun telah merebak ke kawasan sekitar yang didiami oleh lebih 500,000 penduduk.


Walaupun angka sebenar kematian masih menjadi subjek perdebatan, laporan rasmi menyatakan lebih daripada 3,000 orang terbunuh dalam tempoh 72 jam pertama selepas kejadian.


Namun, jumlah kematian jangka panjang disebabkan pendedahan gas berbahaya ini mungkin melebihi 15,000 orang, dan beratus-ratus ribu yang lain mengalami kesan kesihatan yang berpanjangan.


Tragedi Bhopal mendorong banyak negara termasuk India, untuk memperkenalkan undang-undang keselamatan industri yang lebih ketat. Industri kimia diwajibkan untuk menjalani penilaian risiko secara berkala dan memastikan keselamatan pekerja dan penduduk di sekitar kawasan industri.


Tragedi Bhopal adalah pengajaran pahit mengenai kesan buruk yang boleh berlaku apabila keselamatan industri diabaikan dan pengurusan bahan kimia berbahaya tidak dilakukan dengan hati-hati.




3.LETUPAN GAS TIANJIN (2015)


Letupan gas Tianjin pada 2015 adalah salah satu tragedi industri terburuk di China. Kejadian berlaku pada 12 Ogos 2015 di kawasan pelabuhan Tianjin, sebuah bandar besar di utara China.


Kejadian berlaku di kawasan industri yang menempatkan gudang penyimpanan bahan kimia berbahaya seperti natrium nitrat, amonium nitrat dan pelbagai bahan mudah terbakar.


Pada petang 12 Ogos, satu letupan besar berlaku di gudang tersebut. Ia disusuli letupan kedua yang lebih kuat dan gegarannya boleh dirasakan sehingga jarak 10 kilometer.


Letupan dipercayai berpunca daripada penyimpanan bahan kimia yang tidak selamat. Gudang tersebut didapati melanggar pelbagai peraturan keselamatan dan menyimpan bahan kimia lebih banyak daripada jumlah yang dibenarkan.


Seramai 173 orang disahkan terkorban dalam kejadian ini, dan lebih 700 orang cedera termasuk anggota bomba yang sedang menjalankan tugas menyelamatkan mangsa. Lebih 10,000 bangunan rosak termasuk gudang, rumah kediaman dan pelbagai kemudahan awam.


Insiden ini menyebabkan kerajaan China memperkenalkan peraturan yang lebih ketat mengenai penyimpanan bahan kimia dan keselamatan di kawasan industri. Selain itu, ia juga meningkatkan kesedaran mengenai perlunya pemantauan yang lebih ketat terhadap keselamatan industri di negara tersebut.




4.LETUPAN GAS OPPAU (1921)


Letupan gas Oppau berlaku pada 21 September 1921 di kilang kimia di Oppau, sebuah kawasan yang terletak di barat daya Jerman. Tragedi ini bukan hanya merosakkan kawasan sekitarnya, tetapi juga menyebabkan banyak nyawa terkorban dan memberi impak besar terhadap keselamatan industri kimia di seluruh dunia.


Letupan berlaku di kilang kimia BASF yang menyimpan campuran amonium nitrat dan amonium sulfat untuk pengeluaran baja. Sebelum kejadian, pekerja kilang sedang mencampurkan bahan-bahan kimia tersebut.


Namun, disebabkan oleh pengendalian yang salah, tindak balas kimia yang tidak terkawal menyebabkan campuran tersebut meletup. Letupan besar terhasil yang menghancurkan bangunan kilang serta kawasan sekitarnya.


Lebih 500 orang terbunuh dan lebih 2,000 orang cedera. Ia menjadi salah satu letupan terbesar yang pernah berlaku di Eropah pada masa itu. Tragedi ini memicu kepada pengenalan tahap keselamatan yang lebih ketat dalam industri kimia, terutama dalam cara bahan kimia disimpan, dikendalikan  dan diproses yang kemudian turut diikuti oleh negara-negara lain. - Utusan TV



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 1169 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 4648 Replies : 7
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071265 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list