CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 604|Reply: 1

U Mobile terima surat anugerah rasmi pelaksanaan rangkaian 5G

[Copy link]
Post time 29-3-2025 02:13 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: U Mobile bersedia melaksanakan rangkaian 5G generasi baharu selepas menerima surat anugerah rasmi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Syarikat telekomunikasi itu berkata pihaknya berbesar hati menerima mandat daripada kerajaan dan MCMC untuk membangunkan infrastruktur 5G terkini bagi memperkukuh ekosistem digital negara.

"U Mobile menyambut baik visi kerajaan dalam melaksanakan model rangkaian dwi-5G yang bukan sahaja meningkatkan kemampanan industri tetapi juga menggalakkan persaingan dan inovasi bagi memastikan Malaysia terus berada di barisan hadapan dalam kemajuan teknologi," katanya dalam kenyataan.

Dengan pengalaman lebih 17 tahun dalam industri, U Mobile yakin dapat menyediakan rangkaian 5G canggih untuk rakyat Malaysia, menawarkan pengalaman 5G dan 5G-Advanced yang lebih mantap.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Heang Tuck, berkata kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan dan MCMC menjadi dorongan bagi syarikat untuk memainkan peranan lebih penting dalam menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.

"Kami komited menyokong transformasi digital negara dengan memacu penggunaan 5G dan menyumbang kepada aspirasi Malaysia sebagai negara digital berpendapatan tinggi," katanya.

Pelaksanaan model rangkaian dwi-5G dijangka mempercepat pengembangan infrastruktur telekomunikasi serta meningkatkan akses kepada internet berkelajuan tinggi, sejajar dengan matlamat kerajaan untuk memperluaskan keterangkuman digital.- BH Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2025 08:33 PM | Show all posts
Ok.
Saya pengguna uMobile
Plan 58 hingget postpaid unlimited internet (asalnya 50 hingget je sebulan tetiba jadi 58 hingget selepas 5 tahun tanpa pemberitahuan)
& Plan 35 hingget prepaid unlimited internet
So far so good.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.342167 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list