CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 769|Reply: 1

Bini kedua meluat, suami asyik cerita suka main picit-picit dengan isteri pertama

[Copy link]
Post time 25-3-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode


Seorang wanita yang merupakan isteri kedua meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap suaminya yang suka bercerita tentang apa yang dilakukan bersama isteri pertama.

"Semasa memandu, tiba-tiba suami rasa pening kepala. Saya cakap berhenti dulu mana-mana untuk rehat.

"Kemudian suami cakap 'Tak apa, sampai nanti nak minta akak (isteri pertama) picitkan kepala je'. Saya dengar macam tu, saya tak suka," luahnya di laman sosial.

Mengulas lanjut, katanya, setiap kali suaminya berkata seperti itu, dalam fikirannya akan membayangkan tentang kemesraan suami bersama isteri pertama.

Walaupun sudah berkali-kali berpesan supaya tidak berbuat demikian, tetapi suaminya sering berkongsi tentang perihal hubungan intim bersama madu.

"Dalam kepala ni mula membayangkan perkara-perkara 'itu' (hubungan intim). Lagipun selalu dah pesan pada suami tak perlu cakap pada saya perkara-perkara yang menuju kepada hal itu. Contoh 'Abang dah tidur awal semalam, akak minta picit'," ujarnya.

Menurut wanita itu, dia kini berusia 30 tahun, manakala suami dan isteri pertama berumur 40-an.

"Jadi mungkin mereka banyak meluangkan masa bersama dengan picit-memicit kot," katanya secara sinis.

Namun, dia menegaskan dirinya bukan menghalang segala aktiviti yang dilakukan suami bersama isteri pertama.

Sebaliknya, dia mahu dirinya sebagai isteri kedua dijaga dan dilayan dengan baik.

"Saya tak kisah tentang itu. Bagi saya, kami ada cara masing-masing untuk bermesra dengan suami.

"Tapi suami tak menjaga langsung hati saya," luahnya yang terkilan tentang sikap suami yang kerap bercerita kemesraan bersama isteri pertama.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2025 11:38 PM | Show all posts
Ingat senang jd bini no. 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.426929 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list