CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22795|Reply: 0

PUBG Mobile perkenal peta Rondo baharu

[Copy link]
Post time 18-3-2025 05:46 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Peminat e-sukan PUBG Mobile kini berpeluang untuk merasai pengalaman lebih menyeronokkan apabila mereka memperkenalkan peta Rondo baharu dan mod bertema Golden Dynasty dalam permainan itu selepas kemas kini versi 3.7 sempena ulang tahun ketujuh sukan itu.

Menurut kenyataan rasmi daripada PUBG Mobile, permainan itu juga akan menampilkan landskap bandar yang semula jadi dengan keluasan yang lebih luas, laluan serta lokasi penerbangan baharu, zon EMP serta rupa bentuk bumi yang boleh dimusnahkan.

Selain itu, terdapat juga mod bertema baharu yang menampilkan mekanik temporal dengan khazanah tersembunyi serta merasai pengalaman seperti menguasai kuasa masa dengan Reversal Blade iaitu senjata unik dengan kebolehan mengundur.

Tambahnya, kemas kini itu juga ingin menarik serta menghidupkan semula sejarah PUBG Mobile dalam mod klasik Reminisce Zone dan mengembalikan lokasi serta permainan seperti sebelum ini.

"Peta Rondo sudah lama ditunggu-tunggu kerana ia adalah peta terbesar dalam permainan yang menawarkan pemain 8x8 kilometer dunia yang luas untuk diterokai. Menggabungkan estetika tradisional dan moden, Rondo menampilkan gabungan landskap bandar dan semula jadi, termasuk bandar yang sibuk, hutan buluh yang tenang serta tasik yang tenang.

"The Golden Dynasty ialah mod bertema baharu yang ditetapkan di kediaman mewah pada Gilded Desert Dynasty purba. Dipulihkan kepada kegemilangan dahulu melalui kuasa duniawi, Istana Gilded terapung ini menawarkan pemain merasai medan pertempuran unik yang dipenuhi dengan dewan besar, halaman yang tenang dan khazanah tersembunyi.

"Untuk versi kemas kini 3.7 ini juga memperkenalkan senjata baharu, Reversal Blade yang memberikan kuasa kepada pemain untuk memundurkan masa. Pemain boleh meletakkan tanda dan menjejaki semula langkah mereka untuk memulihkan kesihatan dan tenaga, membuka semula peti, dan juga melarikan diri dari penyingkiran," katanya.

Kesemua perkara baharu boleh didapati dan dirasai oleh peminat kerana ia sudah bermula dari 6 Mac hingga 6 Mei depan. Untuk makluman, permainan PUBG Mobile juga dipertandingkan di peringkat tertinggi seperti Sukan Sea Kemboja dan Sukan Asia 2023 yang lalu.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 5595 Replies : 9
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 2120 Replies : 3
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58397 Replies : 1103
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 74857 Replies : 40
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21265 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15616 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367013 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39395 Replies : 88
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.480193 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list