CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 36871|Reply: 56

Putus cinta, Aisha Retno rahsiakan bekas kekasih

[Copy link]
Post time 15-3-2025 05:41 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer, Aisha Retno, mengakui baharu sahaja melalui fasa sedih apabila hubungan cintanya dengan seorang jejaka berakhir si tengah jalan.

Menurut Aisha, meskipun masih mencuba untuk mengubati hati, secara peribadi dia percaya bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Malah, kata Aisha, pada waktu ini dia juga semakin bersemangat untuk memberi lebih tumpuan kepada kerjayanya.

Pada masa yang sama, Aisha berkata, dia tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengakui agak sukar untuk mencari pasangan yang faham dengan cara kerja anak seni.


“Biasalah, bila seseorang itu memilih untuk berlalu dan pergi. Saya pun sudah dewasa. Kita tak boleh nak menahan orang lain untuk terus bersama kita. Dari sisi lain, saya kini sudah temui inspirasi untuk menulis lagu.

“Kami sudah berkenalan dalam beberapa bulan. Mungkin kini saya akan lebih fokus dalam kerjaya. Pada saya, putus cinta merupakan perkara biasa.

“Lagipun, buat masa ini, agak sukar untuk mencari seseorang yang faham cara kerja kita sebagai anak seni. Namun, saya tidak pernah nak menyalahkan pihak di sana,” katanya.

Penyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya itu berkata demikian ketika mengadakan majlis berbuka puasa bersama pihak media dan peminat yang berlangsung di Taema Bnglw, Ampang, Khamis lalu.

Selain itu, kata Aisha, meskipun hubungan mereka sudah berakhir, dia dan bekas teman lelaki masih berkawan baik.


Bagaimanapun, ketika ditanya siapa jejaka tersebut, Aisha selesa memilih untuk kekal merahsiakan identitinya.

“Kami masih berkawan baik. Saya lebih suka mengekal hubungan baik ini. Dalam dunia ini, pusing-pusing ke mana pun kita akan berjumpa juga. Malaysia ini bukanlah besar sangat

“Kami mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Aisha turut memaklumkan perasaan sedih yang dilaluinya ketika ini juga ‘bonus’ buatnya kerana ia mencetuskan ilham untuk penulisan lagu yang akan dimuatkan di dalam album sulungnya nanti.

“Dengarkanlah album terbaharu saya nanti. Saya tumpahkan segala emosi di situ. Mungkin orang anggap hal ini sebagai sesuatu yang jenaka tapi ketika saya menuliskan lagu, air mata saya juga menitis.


“Bila saya menulis lagu buat seseorang, sudah tentu dia memberi kesan dalam hidup saya. Saya ingatkan insiden konsert batal itu sudah cukup sedih. Ternyata ada lagi yang lebih menyedihkan.

“Buat masa sekarang, saya memang serik bercinta. Biarlah saya fokus dengan kerjaya. Siapa yang nak datang, saya terima sahaja,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Aisha dan penyanyi, Aziz Harun juga telah melancarkan lagu Ketipak Ketipung Raya 2.0.


Sumber: Utusan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah retno ni lak muka mcm hantu? Muka hodoh muka busuk la senang ckp
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 07:23 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 06:10 PM
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah ret ...

Chuols tak puasa kew
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 06:10 PM
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah ret ...

Peah tu bnyk guna filter meh...muka sebenarnya berlobang..iols penah bg link hr tu..ada rupa - yes ..lawa gila ?? Nope

Tp banding dgn retno opkos dia bertiang lg lawo..mmg takde iras le
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa bercinta pun no one cares, ini kan pulak dah break
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm aritu teebaca dia. Akal mengakhiri zaman bukang.. Eh.. Dia ke aishah adik Alip ajis eh?
Compius jap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2025 08:35 PM | Show all posts

tergelak iols...


Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari lagi bf spt biasa sambil nyanyi2 sementara muda, dunia nyanyian x ke mana2 pun hujung2 jadi pelakon model pengacara bisnes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 09:12 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 11:10 AM
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah ret ...

Amboi hang....takde la sampai mcm rupa hantu...tak baik menghina sangat rupa kejadian ciptaan tuhan nokksssss....sikit2 sudah lerrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe aisha buat lagu best2 utk diri sendiri & retis lain...hang pun muda lagi ada bakat dlm menulis lagu

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 15-3-2025 07:23 PM
Chuols tak puasa kew

Puasa sis
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-3-2025 07:59 PM
Peah tu bnyk guna filter meh...muka sebenarnya berlobang..iols penah bg link hr tu..ada rupa - yes ...

Retno ni dah mcm penari indon jawa yg buat tarian ala2 ritual kat indon sana tu la..tgk la performance sheols ms AJL thn lps
Beriya sgt..kowserr jah
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 15-3-2025 09:12 PM
Amboi hang....takde la sampai mcm rupa hantu...tak baik menghina sangat rupa kejadian ciptaan tuha ...

Tp mmg retno ni hodoh sis
Jauh beza dgn peah barkoba tu
Mcm x caya je depa bersepupu gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:38 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 02:37 PM
Tp mmg retno ni hodoh sis
Jauh beza dgn peah barkoba tu
Mcm x caya je depa bersepupu gitu

Sudah...sudah...hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Huduhnya budak ni
Muka mcm penyapu lantai spital.
Spupu sepia barkoba kan.
Sepia kemain lawa.
Beza sgt ni dgn spupu.
Sorg princess
Sorg penyapu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 06:10 PM
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah ret ...

Muka jawo muka exotic, mekap tu kut yg buat rupa ngeri...Mat salleh taste muka gini...peah taste jantan2 meleis xsedar diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2025 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf tp huduh nya sheols, muka wong jowo yg huduh..features sharp cm kuda pastu roman muka lak kasar..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-3-2025 06:10 PM
Penah terbaca yg aishah retno ni kezen to peah barkoba
Tp apsal peah barkoba lawa gila, and ecah ret ...

Muka peah Allah yang bagi. Muka Aishah pun Allah jugak yg bagi. Janganlah dihina hina.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikpor mesti cantik meletsss khuennn klau jumpa kt luar
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2025 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 15-3-2025 11:46 PM

Depa berdua mmg sepupu kan. Mmg ada nama syarifah kat depan. Maybe muka x bape nak sama sbb aisha retno ni maknya dulu penyanyi femes kat indon … lepas kawen terus settle down duk malaysia. Mak peah x pasti asal mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-3-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.272053 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list