Lagu ciptaan Ajay Amai, Napie Hassan dan Shiha Zikir ini juga dirakam di dalam studio dengan lima set berbeza.
"Penggambaran berlangsung dalam studio besar dengan lima set berbeza memang puas hati! Tapi bukan senang, nak pastikan gerakan tarian ngam dengan tempo lagu sambil lip sync pun boleh buat sakit urat!
"Paling menarik, nak efek laju kena rakam ‘slow’, nak slow motion kena rakam laju unikkan?," kongsinya.
Baru lima hari dilancarkan, lagu Tum Tum ini sudah meriah 90,009 tontonan dan lebih 2,400 tanda suka.
Dalam pada itu, rata-rata penonton terhibur melihat tarian serta nyanyian yang dibawa Shiha dan kakaknya itu.
Malah mereka juga memuji kemeriahan hari raya dibawa dua beradik itu menerusi muzik video mereka.
"Dah banyak kali dengar tak bosan! Terasa keceriaan Syawal. Shiha masuk air!
"Bukan lagu raya sedih-sedih macam selalu, memang kreatif dan ceria. Huru-hara!" antara komen netizen.
Sumber: mStar