Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Ben Amir. Rupanya, Ben Amir memberitahu dia telah memulakan baru di sebuah pulau di Filipina.
Menerusi satu perkongsian di YouTube miliknya, Ben berkata dia mengambil keputusan besar untuk meninggalkan kehidupan di bandar dan mulakan hidup baru di sebuah pulau bernama Siargao.
“Saya ambil keputusan besar untuk tinggalkan kehidupan bandar dan mulakan hidup baru di sebuah pulau bernama Siargao,” katanya.
Pelakon berusia 35 tahun itu juga berkongsikan mengenai perancangannya untuk membina rumah serta memulakan perniagaan disana tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Ben berkata buat masa ini dia sedang biasakan diri dengan kehidupan di pulau serta mempelajari budaya di sana.
“Tapi sekarang saya nak biasakan diri dengan kehidupan pulau. Berkenalan dengan orang baru, belajar budaya warga Filipina dan adab mereka.
“Saya memulakan hidup baru di sini, membina impian saya dari bawah. Sekarang, saya sedang menyiapkan rumah, vila, perniagaan dan tak lama lagi saya akan mula usahakan ladang kecil saya sendiri,” katanya.
Terdahulu, Ben pernah memuat naik hantaran seolah memberi bayangan mahu berhijrah ke tempat lain berdekatan dengan pantai.
Sumber : Xtra, Rotikaya
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Pulau tu belah2 selatan filipina kan. Dia tak tau ke kes vlogger omputih Elliot Eastman yg kawin ngan awek pinoy, menetap kat belah2 selatan filipina sana pastu kena culik dan bunuh. Mayatnya lak kena campak kat laut. Kat situ asal ko orang asing je dia igt kaya berduit, jadi target geng2 kat sana. Ape lagi kalo dorg tau ko artis, takut kena culik utk tuntut tebusan.
iyer bethol uols, awek nya orang pinoy. yg selalu travel sama2 dia tapi dak ben ni tak tayang la aweknya kat social media. private sangat tapi
awek nya ada la sipi2 tayang muka ben ni kat ig.