CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 14382|Reply: 0

Pulau Pinang-Kazakhstan sedia teroka peluang perdagangan, pelancongan

[Copy link]
Post time 5-3-2025 11:31 PM | Show all posts |Read mode

GEORGE TOWN – Pulau Pinang yang diiktiraf secara global sebagai hab teknologi tinggi bersedia untuk meneroka peluang kerjasama dalam sektor perdagangan dan pelancongan bersama Kazakhstan.

Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, kerjasama antara Pulau Pinang dan Kazakhstan berpotensi merancakkan perdagangan dua hala, khususnya dalam sektor teknologi dan pembuatan, serta pelancongan.

“Selain itu, perkongsian kepakaran teknologi dapat membantu memperkasakan keupayaan digital dan industri Kazakhstan dalam membangunkan bandar pintar, teknologi kewangan (fintech), serta inovasi teknologi maklumat (IT).

“Ini membuka peluang kepada syarikat-syarikat Malaysia dan Pulau Pinang untuk menembusi pasaran Kazakhstan dan Asia Tengah secara lebih meluas,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri forum perniagaan bertajuk ‘Discover the Heart of Eurasia’ di sini, hari ini.

Forum tersebut dianjurkan oleh Konsulat Kehormat Kazakhstan di Pulau Pinang dan berjaya menghimpunkan lebih 80 peserta terdiri daripada pemain industri utama, pelabur, serta pemilik perniagaan dari Malaysia dan Kazakhstan.

Menurut Hon Wai, forum-forum perniagaan penting dalam membuka peluang perniagaan dan pelaburan kepada komuniti perniagaan Pulau Pinang.

Tambahnya, sebagai hab teknologi tinggi dan destinasi pelancongan terkenal, Pulau Pinang berada dalam kedudukan terbaik untuk menarik lebih banyak pelaburan dari rantau Asia Tengah.

“Dengan inisiatif seperti forum perniagaan ini, diharapkan lebih banyak sinergi dapat diwujudkan bagi manfaat jangka panjang kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pada itu, Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev berkata, hubungan perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan telah menunjukkan pemulihan yang kukuh selepas pandemik.

“Kazakhstan mempunyai pasaran yang luas serta pelbagai peluang pelaburan menarik yang mampu memberikan pulangan tinggi kepada pelabur asing.

“Antara sektor yang menjadi tumpuan dalam forum ini adalah pembangunan, pembuatan, pelancongan, perlombongan, pendidikan, serta pelbagai bentuk pelaburan lain.

“Ini sejajar dengan kedudukan Kazakhstan sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi dan dasar mesra pelabur,” katanya. – KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.127009 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list