CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271910|Reply: 2116

Share All About Agensi Maid Indon

  [Copy link]
Post time 3-5-2011 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by tenteramsuci at 12-8-2011 17:49

Kita sambung sini ye.....rumah lama dah cecah 101 pages....

Sama2 kita share kalau2 ada yg boleh dapat mana2 sources utk dapatkan maid2 indon dgn harga yg berpatutan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 02:12 AM | Show all posts
kawan saya pergi sendiri ambil maid di bandung. Dia suruh kawan dia di sana yang carikan.  Semua dia buat sendiri. Saya tanya dia berapa total kos dia buat sendiri. Murah lah sikit dari ambil dari agent. Kos ni termasuk tiket dia pergi dan balik ambil maid tu di Indonesia, tiket maid tu ke sini, hotel masa dia kat sana dan ada lagi lah. Saya dok ingat bila dia buat sendiri akan murah banyak lah sebab tak perlu bayar kat agen kan. TAPI masa kat airport imigresen dia tak nak lepas kan maid tu. Imigresen dia cakap kalau tak mau bayar dia tak akan cop keluar. Yang best nya ada 3 org. Sorang 500. 3 org dia mintak RM1500. Jadi total dia lebih kurang nak 5000 jugak lah.... kalau tak pun murah sikit.

Dan saya rasa semua maid yang masuk ke malaysia ni memang ada bahagian bayar membayar ni kat imigresen dia. Dan kos ini saya rasa agen masukkan dalam kos yang perlu majikan bayar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 09:21 AM | Show all posts
Reply 2# aptseroja


    teruk betul imegresen indon yek..patut la kos melampau2 mahal nya skrang..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 01:56 PM | Show all posts
kevler,

korupsi teruk sgt dahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 02:06 PM | Show all posts
terus terang cakap....dorang sana dari urusan buat passport, sampai ke pintu nak keluar semua nak duit. kita2 yg tak nak turut kehendak tu (sebab taknak kos tinggi)....jadiknya sangkut la engkau....gitu....

dah tu dorang indon ni...mana2 yg sebelum ni tak tau selok belok jadik tukang cari bibik...masa memula kita bg tak le byk sgt....ok jek....tapi bila mata dah terbuka..dah tau nak buat duit macam mana....pasti dorang akan cari/offer kat mana2 yg boleh bg harga kaw2 kat dorang.

btw....kalau ada yg kata kita ni untung sampai rm4 ribu senang2 mcm tu je....sorry to say...awak silap....inikan nak untung rm4 ribu...nak charge org byk tu pun tak sampai hati.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 02:10 PM | Show all posts
nie nak share criter kitorang plak...

kitorang nie ada gak tlg2 sesiapa yg nakkan maid..tp byk songeh plak majikan...kalo majikan tak bising, yg si maid plak terhegeh2 buat hal....sakit ati jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2011 02:15 PM | Show all posts
nie nak share criter kitorang plak...

kitorang nie ada gak tlg2 sesiapa yg nakkan maid..tp byk so ...
leylapple Post at 4-5-2011 14:10


memang begitu sis. belum lagi dgn karenah si tukang cari bibik utk kita. kalau masalah majikan..akak ok lagi...sebab kita faham, dorang dah bg duit, of course dorang nak apa yg dorang nak. kalau ada masalah pun cuma dgn sorang majikan hari tu. tak buat permit kat bibik dia, tu yg dak tu lari balik rumah akak.

ni kita nak yg jawa...datang yg madura...majikan kebanyakan taknak madura n medan. lepas tu bibik madura ni boleh lak demand...gaji rm700...lepas tu taknak potong gaji....siap kata taknak buat permit. pelik aku weh  siapa yg berani ambik? akak sendiri pun reject..pandai2lah nko cari keje sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2011 02:58 PM | Show all posts
ni kita nak yg jawa...datang yg madura...majikan kebanyakan taknak madura n medan. lepas tu bibik madura ni boleh lak demand...gaji rm700...lepas tu taknak potong gaji....siap kata taknak buat permit. pelik aku weh  siapa yg berani ambik? akak sendiri pun reject..pandai2lah nko cari keje sendiri.
tenteramsuci Post at 4-5-2011 14:15



ini yg sy dpt skrg nih
mintak jawa,dtgnya madura
kasar benar orgnya dgn anak2 sy
tgh tunggu nak pulangkan balik kat ejen
bukan sbb dia madura
tapi sbb age factor (umo dah 50++)
x larat jaga my baby

uiks peliknya xmo buat permit?
abih takkan selama 2 thaun nak jadik PATI jek
kalo tertangkap,bukan takat maid je masuk penjara
dgn majikan sekali kene sumbat masuk penjara tuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2011 03:14 PM | Show all posts
nak tanya la kalau sesaper yang tau..kalau maid tuh takde permit,camne kalau diorang nak balik ke indon ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 03:27 PM | Show all posts
ini yg sy dpt skrg nih
mintak jawa,dtgnya madura
kasar benar orgnya dgn anak2 sy
tgh tunggu ...
ummi_ina Post at 4-5-2011 14:58


itu yg akak musykil. macam dorang ni plan sesiap jek nak lari dari majikan kalau tak ngam. itu yg akak taknak. taknak nanti jadi masalah kemudian hari.

50 sis? teruknya lah. bukan ke kita dah siap2 bgitau umur maksimum permit pun 45tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2011 03:29 PM | Show all posts
nak tanya la kalau sesaper yang tau..kalau maid tuh takde permit,camne kalau diorang nak balik ke in ...
kevler Post at 4-5-2011 15:14



    dorang indon semuanya bijak2 belaka kalau part nak balik sana tanpa apa2 dokumen pun. dorang siap ada tekong/org tengah lagi yg boleh bawa mereka pulang sana tanpa ada masalah.

  paling2 pun...bawa mereka ke kedutaan...guna passpot tendang ke apa ntah nama dorang gelar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2011 10:40 AM | Show all posts
mana nak cari maid ye skrg ni?..serik la byk kali dh tnggu2 n smpai skrg maid lum muncul2, duit pn x pulangkan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:43 AM | Show all posts
me pun tgh cari maid.. kalau boleh mmg nak urgent.. sbb pengasuh kena ikut husband mengejut pulak.. biasala kalau pengasuh isteri tentera.. senang kena pindah.. hari tu ada kol satu agen.. kata nak call balik 3/4 hb.. now dah 9 hb senyap jer takde respond..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:19 AM | Show all posts
ini ada 1 cerita saya nak share ye..so kwn2 berhati2..

SAYA SEORANG MAJIKAN KEPADA PEMBANTU RUMAH WARGA ASING, YANG TERANIAYA

Pembantu yang saya ambil ini adalah warga Medan, Indonesia. Dia adalah pembantu rumah yang kedua yang saya ambil bekerja setelah pembantu pertama pulang ke Indonesia setelah tamat kontrak bekerjanya selama 2 tahun. Pada mulanya saya memang tidak mahu ...menerima pekerja daripada Medan setelah mendengar banyak masalah yang  timbul jika mengambil orang Medan sebagai pembantu. Tetapi setelah diyakinkan oleh kawan yang mengenali pembantu ini, saya akhirnya bersetuju. Hingga kini, dia sepatutnya sudah bekerja dengan saya selama 6 bulan. Orangnya kelihatan agak selekeh dan kesian bila melihat keadaanya. Sedari awal bertudung dan tidak menampakkan apa2 perangai yang tidak elok. Bersolat tidak pernah tinggal, buat juga solat2 sunat, berpuasa sunat isnin dan khamis tak kurang mengaji  juga membaca terjemahan dan tafsir Quran. Anak2 juga sangat betah dengannya.  Membuat kerja2 rumah agak cekap juga walaupun kurang teliti, boleh memasak walaupun kadangkala tak berapa enak di tekak.  Bangun awal, siap kan breakfast dan berkemas.  Kadangkala pada hari minggu, saya akan bawa dia ke kedai utk membantu kerja2 dikedai kek saya di Puchong Prima.  Daripada awal memang tiada masalah yang timbul. Jika saya pergi bercuti saya sanggup booking bilik lebih untuk dia dibawa sekali, family day yang comp adakan saya bayar lebih agar dapat bawa dia bersama, makan diluar bersama anak2 jarang sekali saya tinggalkan dia. Semasa datang berat 53kg hingga kini berat dah jadi 63kg. Berbagai perkara saya lakukan agar dia gembira bekerja/tinggal bersama keluarga saya. Hinggalah beberapa minggu kebelakangan ini, saya mendengar cerita tentang perangai tak eloknya daripada pekerja2 dikedai saya. Dia juga ada berkawan dengan seorang bibik di kawasan kejiranan saya yang memang satu apartment tahu tentang perangainya yang buruk juga. Bila mengetahui tentang perkara ini, saya telahpun ‘sound’ dia dan setelah itu, daripada feedback anak2 saya dirumah mengatakan yang pembantu saya dah jarang turun dan berkawan dengan bibik yang ‘mulut tak de insuran’ tu.   Setelah kejadian kena sound tu, beberapa minggu agak ok; hingalah pada hari Isnin yang lalu (1/5/2011). Pagi itu saya ke kedai, sementara anak2 dirumah kerana mereka tidak bersekolah kerana cuti umum. Petangnya saya ambil anak2 serta pembantu saya untuk dibawa ke kedai. Semasa di kedai Isya anak saya yang no 2 memberitahu saya yang ‘kakak’ bibik datang rumah, masuk kerumah dan berbual agak lama juga. Bila saya tanyakan dia berkata itu kakak iparnya yang datang dari Indon menghantar handphone yang dikirim oleh emaknya. Walaupun saya rasa agak curiga, tapi saya diamkan dulu. Pada malam isnin, saya menyuruh tukang urut datang ke rumah untuk mengurut badan saya yang sakit2.  Keesokkan hari, macam biasa saya keluar bekerja. Malam bila pulang saya membantu anak2 buat homework; semasa itulah Isya lagi sekali mengadu kepada saya yang pada siangnya yang dia lambat siap ke sekolah hingga kawan yang Isya tumpang ke sekolah sudah menunggu di pintu. Bila saya tanya Isya kenapa lambat, Isya jawab yang  bibik tengah mengurut pada masa sepatutnya dia bersiap hendak ke sekolah. Saya pun bertanya pula kepada pembantu saya, tiba2 dia menengking saya dan mengatakan kawan Isya yang datang cepat sangat. Apalagi angin la saya satu badan, saya Tanya elok2 dia boleh jawab dengan meninggi suara! Pada masa itu dek kerana marah saya sound lah dia habis2. Keluar balik cerita pasak ‘kakak’ dia datang dan diberi masuk tanpa kebenaran saya. Walaupun sangat marah, tapi saya bukan lah seorang yg suka berdendam. Setelah cool saya minta maaf dan dia juga minta maaf dgn saya dan berjanji tidak buat lagi benda yang bukan2. Pada, hari Khamis (5/5/2011); saya sedang bekerja. Hampir jam 2.15p.m Arif anak sulung saya menalifon saya dan memberitahu bibik nya keluar rumah hendak membuang sampah daripada pukul 1.45p.m dan tidak balik2. Semasa itu, tinggal Arif, kawan Arif serta Damia anak saya yang kecil 4 tahun dirumah.  Saya rasa agak berdebar2; apa yang mungkin berlaku? Saya tenangkan hati dan suruh Arif tunggu lagi beberapa minit. Sambil tu, saya talifon pekerja di kedai runcit di tingkat bawah untuk melihat2 kawasan sekitar jika ternampak bibik saya; namun tiada. Saya juga menalifon tukang urut yang datang tempohari, memandangkan dia juga tinggal di situ dan mungkin tahu kemana pergi nya si bibik ini. Hampa kerana tukang urut keluar, namun sesuatu yg membuat saya panic bila dia kata dia ternampak seseorang iras pembantu saya tunggu di tepi jalan dan menaiki teksi. Apalagi saya pun kelam kabut balik untuk mendapatkan anak2 saya. Tak henti menalifon kesana kesini; akhirnya dipendekkan cerita kawan saya yang membawa pembantu saya kepada saya memberitahu yang kemungkinan besar agen dari Medan yang membawa dia lari; dan ‘kakak’ yang dikatakan datang tempohari ialah agen tersebut. Agen ini juga telah beberapa kali buat kes yang sama. Malam itu, saya pun membuat report polis. Besok paginya kawan yang membawa pembantu ini kepada saya menyarankan supaya kami pergi untuk confront dengan agen dari Medan ini. Rumah nya di Gombak, Batu 6. Pada hari ini (6/5/2011), pada pukul 4p.m dan setelah plot dirancang, kami berjaya menemui agen Medan ini. Dia tidak menyangka yang saya akan datang sekali. Arif sebagai saksi utama yang mengecam dia. Walaupun didesak dia tidak mengaku, saya berasa sangat marah dan hampir nak bertumbuk di situ. Akhirnya kami membawanya ke balai polis. Di balai, tentulah dia tak mangaku juga. Report punya report; akhirnya polis bagi tahu yang memang tak boleh nak tahan dia kerana membawa lari pembantu rumah tidak termasuk dalam kes jenayah.  Hanya saya boleh report ke imigresen dan minta mereka menyiasat atas kes membawa pekerja masuk ke Malaysia tanpa dokumen sah. Selah berpanas, menunggu sana menunggu sini; mengangkut anak2 dengan suami yang tiada kerana bekerja; hampa sahaja usaha kami. Bukan niat saya untuk mengaibkan mana2 pihak tetapi tulisan ini saya kira cukup berbaloi sebagai pampasan untuk pertolongan yang tidak saya dapati dari pihak berwajib yang sepatutnya membela hak orang awam seperti saya. Minta maaf kerana saya meng tag kan kesemua friend list jika sudi harap dapat dipanjangkan kepada kawan2 yang lain. Dengan itu, kawan2 yang membaca tulisan ini, jika terjumpa atau mengetahui kehadiran seorang warga Indon yang bernama: PUTERI LESTARI serta agen dari Medan yang bernama MAYASARI;  berhati2 lah agar jangan terjebak. Semoga kita semua dilindungi dari orang2 jahat yang mengambil kesempatan atas keperluan kita terhadap pembantu rumah. Terima kasih semua kerana sudi membaca.....


p/s : saya dpt FB..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:31 AM | Show all posts
saya simpati...

maid saya pun baru sahaja lari hari sabtu lepas..
ikut pakwe yang dia baru kenal 2 minggu. Dalam dua minggu ni memang berhati-hati takut dia lari tapi memang diaorg ni cekap betul. Memang dalam kepala otak datang sini nak lari. Memang x aman hidup dia sampai mati buat jahat macam ni, Habis beribu ambik dia utk kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:36 AM | Show all posts
Reply 15# platemaster

saya simpati atas kejadian yg menimpa awk platemaster..mmg tawakkal je kalau nak amik maid nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 11:34 AM | Show all posts
saya simpati...

maid saya pun baru sahaja lari hari sabtu lepas..
ikut pakwe yang dia baru kenal ...
platemaster Post at 9-5-2011 10:31


geram ler perangai mereka ni.....tp itulah perangai mereka sebenarnya. Maid Indonesia saya dulu...pun siap cakap..."akak hati hati dengan org Indonesia..mereka ini jahat akak". Padahal dia sendiri pun Indonesia. Maid tu dah balik pun..sempat kerja dengan akak 4 tahun. Dialah maid paling jujur yg pernah saya jumpa...lepas tu semua tak boleh pakai. Menipu, mencuri, mengatal dan mcm mcm lagi. Kekadang kalau nak ambik maid baru ni...siap berdoa kat Allah swt dulu...kerana takut sgt2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 12:03 PM | Show all posts
maid ni banyak menipu..

maid saya mula2 tipu suami di indon mati..
pastu kantoi sebab saya call kg dia...suami dia hidup je lagi..
pastu bapak pulak mati
pastu mak pulak sakit
anak mahk hospital lah
kadang2 bukan kita x nak simpati kat diaorg...cuma yang % yg betul tu sikit sgt. byk sgt yg bohong.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 12:56 PM | Show all posts
Salam, slightly off topic but still on maids.. ni ada agen supply local maids.. called dia hari tu tanya psl fees etc. Apparently he kept my number, now and then the agen ada call if ada supply but gaji mahal RM800 at least and agent fee around RM3k and no potong gaji for the maid.. those yg anak banyak tu maybe worth it to take.. baru tadi he called kata ada lady from Kedah nak kerja.. so any of u interested boleh la try... however I tak guarantee anything in terms of service etc, just sharing info...

Meraj Agency (JTR057) Brickfields, KL
03-22722108/22741043, 016-3666 139






Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:00 PM | Show all posts
Baper gaji maid sebenarnye skang ni ek?
Kwn aku ckp diernyer 700.. Aku nyer still 600.. But ader gak yg 500.. 550..
Betul ke lps mei ni nk naik lgi?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.355899 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list