CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8863|Reply: 0

Basuh Kurma Sebelum Makan, Bimbang Tercemar Kotoran

[Copy link]
Post time 4-3-2025 10:40 AM | Show all posts |Read mode

MASUK sahaja bulan Ramadan tentunya buah kurma menjadi antara juadah pilihan bagi rata-rata umat Islam di seluruh dunia.

Selain makanan sunah, buah ini juga kaya dengan khasiat, penting untuk memastikan tubuh kekal sihat dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika menjalani ibadah puasa.

Bagaimanapun, sudah jadi kebiasaan dalam masyarakat kita kurma dimakan tanpa dicuci kerana rata-rata yakin dengan tahap kebersihan ketika pengendalian, bermula dari buah ini dipetik sehingga dibungkus.

Menurut seorang peniaga, Niena Samsir, kurma sebaiknya dicuci dahulu sebelum dimakan kerana dikhuatiri tercemar dengan kotoran selepas diambil daripada ladang.

"Tak kisahlah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolonglah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.

"Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma," tulisnya dalam satu posting di Facebook.


Tambahnya lagi, pihak pembekal hanya membersihkan kurma yang dipetik dengan cara mengelap permukaan buah tanpa menggunakan air.

"Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan kepada saya, cucilah kurma sebelum makan.

"Tak kan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cucikan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama," katanya.

Malah, ada juga yang menyarankan agar isi buah tersebut dikopek dahulu  dari bijinya sebelum dimakan bagi memastikan tiada sebarang serangga di dalamnya.

Justeru, tindakan membersihkan kurma adalah penting untuk mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk atau sakit perut.

Cara-cara mebersihkan buah kurma:

1) Rendam dengan air garam sekitar 5 hingga 10 minit

2) Bilas dengan air bersih

3) Tapis dan didsarankan untuk jemur di bawah matahari agar tekstur kurma kembali 'juicy'

4) Jika tidak dijemur, kurma juga boleh terus dimakan atau disimpan di dalam peti sejuk.


Sumber:mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.423522 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list