View: 34485|Reply: 134
|
Anak penyanyi antara 6 ditahan disyaki terbabit kes curi Ferrari
[Copy link]
|
|
AMPANG: Anak seorang penyanyi tempatan antara enam individu ditahan selepas disyaki terbabit kes kecurian sebuah kereta Ferrari di pusat cuci kereta di Hulu Klang, di sini, pada 17 November lalu.
Kereta berkenaan dilaporkan hilang selepas pemiliknya yang juga seorang ahli perniagaan bidang penerbangan berusia 50-an meminta pekerjanya untuk mencuci kereta itu di sebuah pusat cucian di Hulu Kelang, sebelum dimaklumkan bahawa kereta Ferrari hilang.
Susulan dari itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya, yang melakukan siasatan menemui semula kereta Ferrari berkenaan di lot parkir sebuah kediaman di Taman Tunku, di sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis menahan enam suspek terbabit yang berusia antara 23 hingga 40 tahun, antara 17 November hingga semalam (25 November) di sekitar Ampang Jaya, Kajang, Taman Tunku, di sini dan Jeli, Kelantan.
"Seorang wanita tempatan berusia 40-an ditahan bagi membantu siasatan mengikut 379 Kanun Keseksaan.
"Seorang suspek mempunyai dua rekod kesalahan dadah dan ujian dadah ke atasnya mendapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, manakala suspek lain tiada rekod lampau.
"Dalam serbuan yang dibuat, polis menemui semula kereta Ferrari yang dilaporkan hilang bersama tiga lagi kereta lain jenis BMW X5 dan Naza Suria.
"Turut dirampas alat kawalan jauh kereta jenis berlogo BMW, Honda dan Toyota, serta kad akses unit kediaman.
"Pada masa ini pihaknya masih meneruskan usaha mengesan rakan sejenayah suspek yang masih bebas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata, tiga daripada enam suspek sudah diberi jamin manakala dua lagi suspek direman sehingga esok (27 November) dan seorang daripadanya direman sehingga 3 Disember ini.
Katanya, pada masa ini siasatan lanjut masih dijalankan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alahai awal sangat masuk mencemar duli
penyanyi yang mana tu ye |
|
|
|
|
|
|
|
anak penyanyi veteren mana la ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada umur anak penyanyi tu,,, bole nak speku... |
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sape anak penyanyi popular??? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak Saxali sapa pulak |
|
|
|
|
|
|
|
anak sape yang curi... ferarri sape yang kena curi
|
|
|
|
|
|
|
|
wow..cepat sangatkah aku masuk |
|
|
|
|
|
|
|
anak penyanyi mana pulak yg duduk ampang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Info basic sangat. Anak penyanyi tempatan. Yg ditgkp umur 23-40 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
kalau anak penyanyi yang medadih tu, macam ramai...
kecikkan lagi skop, anak penyanyi mendadih tinggal ampang....
rasanya dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak yg mendadih tu paknya ke?
Susahnya nak speku.. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi tu laki ke pompuan?? |
|
|
|
|
|
|
|
ingat dah ada jawapan....kena dtg kemudian la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|