CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 49843|Reply: 21

Shuib takkan lari, akan tetap jadi usahawan - Insha-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu

[Copy link]
Post time 15-11-2024 10:36 PM | Show all posts |Read mode





Berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah tidak mematahkan semangat pelawak dan usahawan Shuib untuk meneruskan perniagaan minuman miliknya.


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, turut menyifatkan dugaan yang dihadapinya bukan satu kegagalan untuk terus menerajui syarikat BubbleBee Sdn. Bhd.


Bagaimanapun Shuib tidak menolak 2024 sebagai tahun yang tidak baik untuk dirinya dan syarikat.


“Kalau nak kata saya gagal, saya masih belum menyerah kalah dan masih menggalas tanggungjawab dengan baik. Ramai kakitangan yang nak saya berjuang sehingga perkara ini pulih kembali.


“Saya optimis dan menganggap apa yang berlaku ini adalah satu cabaran. Insha-Allah tahun 2025 saya akan bangkit dengan perancangan baharu.


“Soal kes di mahkamah saya serahkan kepada peguam untuk menjalankan tugas dan pihak pengurusan menguruskan beberapa perkara yang berkaitan,” katanya yang ditemui dalam majlis sidang media Bocey Comeback Live In Singapore di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Shuib tidak akan melarikan diri meskipun berdepan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah.


“Saya tidak akan lari. Apa yang boleh dibincangkan, saya akan berbincang dan jika perlu ke mahkamah saya akan pergi. Saya dah hadap macam-macam termasuk ada perniagaan yang bagus, tetapi Allah ambil isteri saya. Itu adalah dugaan yang berat.


“Jadi apa yang saya lalui sekarang ini adalah dugaan kecil. Saya anggap perkara ini adalah normal tapi saya bukan nak normalisasikan faedah kakitangan atau cukai.


“Cuma saya harap dugaan yang saya hadapi ini tidak akan mengganggu perancangan saya untuk maju ke depan. Lagipun perniagaan saya ini bukan diboikot, malah mendapat sambutan tinggi terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya.


Semalam, Syarikat BubbleBee milik Shuib didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam enam pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), sepanjang tahun lalu.


Syarikatnya yang diwakili Shuib, 40, dan Koh Choon Guan, 33, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rasyihah Ghazali.


Terdahulu, Bubblebee, Shuib dan Koh didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.


Mereka dikenakan hukuman terbabit selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, Ameera Mastura Khamis.


SUMBER: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakau KWSP staff ✅
Sakau SOCSO staff ✅
Sakau cukai perkhidmatan ✅

Perancangan baharu utk 2025 nak sakau duit derma macam jAHAT pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling bisnesman turun naik court. Fitnah & dugaan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dugaaan apo bendo nyo suib?????
Ini bukan dugaan lahabau
Ni dendaaa kaunkena hadp sebb kesalahann
Nak buat perniagaan baru apo pulakk suibb oiii
Settle kan denda dulu laaa
Kami mendoakkkann kau melingkuppp selamanyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah ke dia mintak maaf kat staf yg dia x bayar perkeso tu. Geram pulak statement dugaan sana, dugaan sini. Ni bukan dugaan tp kebodohan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
betul ke masih letop bisnis babelbi tu
idok le nak sapot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2024 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 16-11-2024 03:56 PM
betul ke masih letop bisnis babelbi tu
idok le nak sapot

Bukan ke byk totop.. hahaha
Lain kali joinlah francais bukak tealive ke, mixue ke... secret recipe ke...
Ntah pelik dugaan Mende ntah. Sndri kedekut cari penyakit!
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni tau ke biz.. Main sauk je..

Agaknya kes kwsp, perkeso pun dia xtau..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Org bodoh ramai..tp yg ni xtahu kategori ape..sbb xsudah2 kate ujian perniagaan padahal die yg xaanah jd majikan
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
God is watching

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bukan urus bhgn kewangan tp behind him ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang mixue all out buka outlet di setiap bandar/pekan kat sabah & sarawak jenuh ko soeb. Baik kedai eskrim madu ko buat backing plan nak naikkan sales. Org lain bole jual 1 cup rm5 & fruit sauce camne ko tergamak jual rm10 padahal separuh cup tu letak cornflakes borong murah & madu gula?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan dugaan mangkuk
Ni penyakit carik sendiri sebab bodoh tak pandai niaga tau dak
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 07:44 PM | Show all posts
Orang malaysia yg masih ada hati jd pekerja dia mesti berhati mulia walau komitmen miss miss.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak cakap ko ni. Bayar je le.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 16-11-2024 03:44 PM
Dugaaan apo bendo nyo suib?????
Ini bukan dugaan lahabau
Ni dendaaa kaunkena hadp sebb kesalahann

ntahnya... kalau dugaan tu mcm rumah banjir, eksiden, sakit.. ni bkn dugaan, ni mmg sesaja nk menduga hidup org lain.. tu pun tak paham2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayat scammer mmg mcm tu, dia mmg xleh byr so dia akan ckp dia xkan lari n sidai laaaaaa for years n years mcm bapak tok padza fv tuuu scam duit org smpi skrg mana ada bayor so will be the same template
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ni reti ke berniaga?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 16-11-2024 10:32 PM

Pastu sama gak tak bayar epf socso cukai. Dugaan apa tu kalau ada duit tp tak bayo hak org ikut undang2.  Itu committing a crime tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesin basuh silver nano.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.052100 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list