Keputusan untuk bercerai setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga bukan satu perkara yang dikesali oleh pelakon Nur Fazura.
Bagi bekas isteri kepada aktor Fattah Amin itu, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, perceraian itu membuatkan dirinya terus bersemangat meneruskan kehidupan.
Malah ibu kepada Nur Fatima Aisya itu turut mengakui sudah memberikan yang terbaik selepas mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017.
“Tentulah saya pernah memperjuangkan cinta. Saya sudah berkahwin selama tujuh tahun. Tetapi saya sudah berpisah pada bulan lalu.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Saya bersyukur dan berbangga kerana dapat bangkit dan saya sudah memberikan yang terbaik kepada perkahwinan itu,” katanya.
Fazura memberi reaksi itu ketika hadir sebagai bintang undangan dalam sebuah rancangan di Indonesia, Sea Today baru-baru ini bagi mempromosikan lagu baharunya bertajuk Bertahan Demi Cinta.
Jelas Fazura, lagu tersebut menceritakan tentang perjuangan pasangan suami isteri yang berusaha mempertahankan perkahwinan mereka.
Fazura turut berterima kasih kepada peminat yang telah memberikan sokongan positif kepada lagu tersebut.
“Lagu ini tentang lelaki dan wanita yang saling mencintai. Tentu saja dalam perkahwinan ada banyak dugaan.
“Jadi lagu ini tentang bagaimana mereka memperjuangan dan bertahan dalam setiap rintangan itu. Disebabkan itu tajuk lagi ini dinamakan Bertahan Demi Cinta
“Terima kasih kepada peminat yang memberi sokongan. Ramai yang menyukai dengan lagu itu. Disebabkan perceraian saya, mereka masih mengharapkan agar kami (dengan Fattah) akan berbaik semula,” ujarnya.
Difahamkan kemunculan Fazura dalam program itu menjadi penampilan pertamanya selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.
Untuk info lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi dan komposer Ippo Hafiz dan diterbitkan oleh syarikat rakaman Indonesia, Hits Records pada 10 Oktober lalu.
Lagu tersebut menjalani proses rakaman sekitar Februari lalu ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.
ramai siak specialist narcissist kat porum sini. bukan calang2 punya. semua level pakar
bukan main letak attachment biodata narcissist....what are narcissist, who they are, how they become, how to handle.
Tak sangka kat porom cari ada ramai pakar2 mental
Post time 6-11-2024 07:29 AMFrom the mobile phone|Show all posts
captainQUE replied at 6-11-2024 06:58 AM
CER share gambar sikit orang yg bercakap ni, kita nak compare dengan pajura
Kalau lagi lawa na ...
Yang reply komen aku trigger nape nyah?
Sampai nk heret personal life n fizikal porumer plak
Nak kata newbie level dh tinggi
Tak suka skip
Takkan koyak sgt...
ko penjilat taik okg ke
curious plak aku nk tgk muka org kaki jilat taik ni
Btw klu xnk okg kena caci kena maki
Suruh dia pencen jadi artis
Sila duk diam2 dlm iddah ok
Duit jual tudung xkn xcukup smpi kena nyanyi kat Redbox plak
Post time 6-11-2024 07:48 AMFrom the mobile phone|Show all posts
L.U.S.M replied at 6-11-2024 07:29 AM
Yang reply komen aku trigger nape nyah?
Sampai nk heret personal life n fizikal porumer plak
Nak k ...
Laa… I kan suruh compare je… kita nak tengok juga keindahan ciptaan Tuhan yg lain… bosanlah asyik pajura je kan … tetiba heret personal… dia attack ciptaan Tuhan takpe pula… terasa kurang lawa ke dari pajura sampai terasa orang lain trigger sampai kata heret personal?
Chill chuols… Nak komen ciptaan Tuhan tu, komen dengan Tuhan… Kita bukan sapa2 nak kutuk ciptaan dia sebab kita pun ciptaan dia…
Post time 6-11-2024 08:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jodoh setakat tu je so betul la tu takda apa yg perlu disesalkan. Walau dah tak bersama tapi kenangan manis pahit masin masam tetap ada. Lagi pun ada anak bersama.