CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26728|Reply: 26

[Tempatan] KPI syarikat tak tercapai tapi eksekutif GLC dapat bonus RM210,000

[Copy link]
Post time 25-10-2024 10:29 AM | Show all posts |Read mode
KPI syarikat tak tercapai tapi eksekutif GLC dapat bonus RM210,000

https://www.malaysiakini.com/news/723874

Hariz Mohd & Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan:  Oct 25, 2024 10:15 AM
Dikemaskini: 10:18 AM



Minit mesyuarat daripada sebuah GLC yang bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila timbul dakwaan bahawa "bonus" dibayar kepada seorang eksekutif tertinggi walaupun syarikat itu hanya mencapai kurang separuh daripada indeks prestasi utama (KPI).

Mesyuarat lembaga pengarah Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) awal tahun ini meluluskan pembayaran tiga bulan gaji pokok bersamaan RM210,000 kepada eksekutif berkenaan.

Ia membabitkan “bayaran khas” sebanyak 2.75 bulan dan  dengan tambahan bayaran 0.25 bulan.

Menurut satu tangkapan skrin minit mesyuarat itu - yang dibocorkan di X oleh pengguna bernama moebiuz - seorang ahli lembaga mencadangkan pembayaran kepada eksekutif tersebut dihadkan pada 2.75 bulan gaji kerana KPI tidak dipenuhi.

Bagaimanapun, seorang ahli lembaga pengarah lain kemudian menyatakan bahawa bayaran khas 2.75 bulan itu juga diberikan kepada semua pekerja. Katanya ini,  bermakna ada yang akan menerima bayaran sehingga empat atau lima bulan gaji.

Sesalinan minit yang didakwa bocor itu dan dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan bahawa lembaga pengarah kemudian meluluskan pembayaran tiga bulan gaji kepada kakitangan eksekutif.

Minit yang dilihat juga menunjukkan bahawa bayaran khas 2.75 bulan kepada syarikat itu dicadangkan oleh jawatankuasa pencalonan dan imbuhan PHB walaupun KPI yang dicapai adalah sebanyak 42 peratus sahaja.

Ini dikatakan bai mengambil kira terdapat individu dan pasukan yang berjaya mencapai sasaran melebihi apa yang ditetapkan untuk mereka.

Justeru, hujah mereka, bahawa pekerja sedemikian perlu diberi ganjaran untuk mengekalkan motivasi.

Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu menyedari bahawa bayaran tersebut tidak boleh dianggap sebagai "bonus" kerana KPI keseluruhan yang lemah, justeru ia menggunakan istilah "bayaran khas".

Malaysiakini ditunjukkan notis yang dihantar kepada kakitangan PHB pada April lalu yang memaklumkan bahawa mereka akan mendapat bayaran khas, walaupun jumlahnya tidak dinyatakan.

Selain "bonus", pembocor maklumat itu juga mendakwa bahawa lembaga pengarah turut meluluskan pakej imbuhan yang disemak semula untuk diri mereka sendiri.

Menurut minit yang dilihat oleh Malaysiakini, semakan itu menyaksikan retainer fees untuk pengerusi lembaga pengarah yang sebanyak RM2,500 dinaikkan kepada RM18,000 sebulan, manakala yuran ahli lembaga dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM8,000 sebulan.

Elaun mesyuarat pengerusi juga dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM3,500 bagi setiap mesyuarat.

Retainer fees juga diberikan kepada jawatankuasa audit/risiko, pencalonan dan imbuhan, dan pelaburan.

Pakej baharu untuk lembaga dan jawatankuasa itu  dicadangkan oleh jawatankuasa pencalonan dan imbuhan, dan diluluskan oleh lembaga pengarah.

Malaysiakini telah menghubungi PHB pada Rabu lalu untuk mendapatkan maklum balas, tetapi belum menerima sebarang jawapan sehingga berita ini ditulis.

Nama mereka yang terlibat juga tidak disiarkan sementara menunggu maklum balas.

Pendedahan itu dibuat ketika wacana di media sosial mengenai golongan T15 dan "maha kaya" yang menjadi sasaran Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025, Jumaat lalu.

PHB adalah antara entiti bawah bidang kuasa Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB) yang Anwar adalah pengerusi lembaga pemegang amanah.

Tahun nini sahaja syarikat itu menjadi tumpuan sebanyak dua kali.

Pertama ialah apabila SPRM menyerbu pejabat PHB untuk menyiasat dakwaan salah guna kuasa oleh "pegawai kanan".

GLC itu juga disaman kerana didakwa gagal melindungi pemberi maklumat.

Sementara itu, MalaysiaNow melaporkan dakwaan bahawa syarikat itu awal tahun ini merancang untuk memberi pekerjanya percutian berbayar di Bali.

Bagaimanapun, rancangan itu dilaporkan dibatalkan selepas ia didedahkan.

Dakwaan salah laku dalam GLC dan GLIC telah dibangkitkan di Parlimen pada Selasa lalu, dengan Anwar menjawab bahawa audit telah diarahkan ke atas semua 2,000 syarikat yang berkaitan kerajaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Sorang dpt 210k ke acaner tu? Klau ada 100 exec....
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Rm210 000 bersamaan 3 bupan gajo pokok...wow...senang je ye...
Kalo kome tak achieve kpi..0 bonus plis cold storage dah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lhdn kalau berjaya kutip dari anak najib dan bini daim layakla bonus. Ini kutip kat marhaen je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Exec dpt 210k...... BOD plk silap2 2j sorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 11:32 AM | Show all posts
3 bulan gaji pokok 210k ?   uihh, gaji pokok dia 70k ke. tak termasuk segala jenis allowances lagi tu. bukan executive biasa ni. CEO kot ni. dia sorang je kot yg dpt bonus mcm tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 11:37 AM | Show all posts
PHB ni under mana? Khazanah? PNB? Kalau tengok website macam directly dgn PNB
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
C level exec dapat gaji dan bonus besar. Tapi staff bawahan dapat habuan kecik aje. Jurang income terlalu besar antara C level dan staff biasa. Gaji RM50k vs RM2,500 bukan suatu yg aneh. Yang bergaji RM2,500 ini la kerja mcm kuli kena kerah siang malam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 01:31 PM | Show all posts
PHB ni ngan AHB sama susur galur ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:44 PM | Show all posts
Minit mesyuarat daripada sebuah GLC yang bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila timbul dakwaan bahawa "bonus" dibayar kepada seorang eksekutif tertinggi walaupun syarikat itu hanya mencapai kurang separuh daripada indeks prestasi utama (KPI).

Mesyuarat lembaga pengarah Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) awal tahun ini meluluskan pembayaran tiga bulan gaji pokok bersamaan RM210,000 kepada eksekutif berkenaan.


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:46 PM | Show all posts
apa agaknya KPI depa no?
tak maluuuu
KPI tercapai tak sampai 50%
bonus berbulan bulan
agak2 berkat ke tu ?

PMX ... tolong bersihkan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 25-10-2024 01:46 PM
apa agaknya KPI depa no?
tak maluuuu
KPI tercapai tak sampai 50%

....sebuah GLC yang bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.


......kira dah bersih la tu sbb bwh jpmx
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 02:09 PM | Show all posts
ini bukan golongan mahakaya
in mungkin da masuk golongan superultra rich... apa kelas gaji 12k
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-10-2024 04:36 PM

B40...sila 'meninggal'...abehkan duit pembayar cukai jer...biorla kami  exec2 glc..yg kayo jer idup kt dunia ni--Acik T20 forom cari.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
honeybee1802 replied at 25-10-2024 10:42 AM
Rm210 000 bersamaan 3 bupan gajo pokok...wow...senang je ye...
Kalo kome tak achieve kpi..0 bonus pl ...

Amende tu..
Bupan gajo pokok..
Bahasa lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 25-10-2024 05:54 PM
Amende tu..
Bupan gajo pokok..
Bahasa lain ke?

Gelak iols

Mungkin bulan gaji pokok. Typo tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 25-10-2024 05:59 PM
Gelak iols

Mungkin bulan gaji pokok. Typo tu.

Hahaha.
Iols ingat ada term2.yang iols tak tau
Hahahaha..
Adoi la

Sorry2 honeytothe bee
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsat nya sapa yang leak tu


Cari sampai lubang cacing... BUANG!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
wah i baru tahu psl golongan maha karya cinta ni..
tu kira 3 bln gaji kan...kenyangg
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2024 02:33 PM | Show all posts
Edited by sayawifenikmie at 26-10-2024 02:35 PM
Firenzza replied at 25-10-2024 01:56 PM
....sebuah GLC yang bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri.

banyak noooo dapat

tak capai kpi pun takpa
why difficult difficult work hard hard  
buat sakit kepala dan berpeluh jer









Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.059444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list