CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 41249|Reply: 29

Bunuh Altantuya: Semakan hukuman mati bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didengar esok

[Copy link]
Post time 9-10-2024 11:23 PM | Show all posts |Read mode





Putrajaya:Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Cif Inspektor Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, esok.


Azilah, 48, membuat permohonan itu susulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai tahun lepas.


Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang 30 tahun dan sehingga 40 tahun.


Jika hukuman mati tidak dikenakan, pesalah lelaki berusia di bawah 50 tahun berdepan sebatan minimum sebanyak 12 kali.


Azilah telah disabitkan pada 2009 bersama seorang lagi bekas anggota polis iaitu Koperal Sirul Azhar Umar kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi esoknya.


Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis itu.


Sementara itu, penganalisis politik Abdul Razak Baginda telah dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat melakukan pembunuhan tersebut oleh mahkamah yang sama.


Azilah dan Sirul Azhar kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013. Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka.


Sirul Azhar tidak hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana melarikan diri ke Australia pada 2006 di mana dia ditahan di bawah undang-undang Imigresen sebelum dibebaskan pada akhir tahun lepas.


Pada 2020, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Azilah untuk dibicarakan semula dan semakan sabitan terhadapnya.


Media melaporkan bahawa Azilah turut memohon pengampuran diraja daripada Sultan Selangor.


Pada 2022, keluarga Altantuya menang dalam saman terhadap Azilah, Sirul Azhar, Abdul Razak serta kerajaan dan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan agar mereka dibayar ganti rugi sebanyak RM5 juta.


Bagaimanapun, kes itu masih di peringkat Mahkamah Rayuan.




Sumber – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Reveal jela spe yg bg arahan…
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 03:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Caca marba betul ek case ni. Kesian betul dkt family mendiang. Tabahlah ya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Carcosa: Caca marba betul ek case ni. K ...


Kes nie & kes kevin morais tue betul² keep in secret. Sampai ke sudah tak tau motif apa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:07 AM | Show all posts
dulu maybe la takutkan najib... ni najib dah ke dalam, kalau betul najib yg suruh, bgtau je lah
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:08 AM | Show all posts
sirul tu imi oz dh lepaskan kan
so mana dia skrg

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2024 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
gara-gara bertindak mengikut arahan...yg bg arahan agaknya senang lenang
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:36 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 10-10-2024 09:37 AM
lostnfaun replied at 10-10-2024 07:58 AM
Kes nie & kes kevin morais tue betul² keep in secret. Sampai ke sudah tak tau motif apa.

ini yg dikatakan motif pembunuhan Kevin Morais

Pembunuhan Morais: Doktor tentera antara suspek utamaSeptember 16, 2015 @ 3:26pm

KUALA LUMPUR: Suspek utama yang ditahan berhubung kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, dipercayai mempunyai kaitan dengan satu perbicaraan di Shah Alam, dua minggu lalu.
Ia berdasarkan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, ketika ditanya wartawan mengenai motif pembunuhan itu, hari ini.

"Motif kes ini, anda boleh rujuk perbicaraan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, dua minggu lalu mengenai pendakwaan seorang pegawai tentera berpangkat doktor yang terbabit dalam kes rasuah," katanya.
Semakan BH mendapati, ia berkemungkinan besar merujuk kepada perbicaraan seorang doktor berpangkat kolonel yang berkhidmat dengan angkatan tentera atas dua tuduhan rasuah.
Tertuduh yang berusia 50 tahun ketika itu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Shah Alam pada 9 September 2013 atas dua tuduhan rasuah membabitkan wang sogokan RM700,000.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah. Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan.

Morais mengendalikan pendakwaan kes bagi pihak SPRM.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2024 09:40 AM | Show all posts
syamzana replied at 10-10-2024 09:25 AM
gara-gara bertindak mengikut arahan...yg bg arahan agaknya senang lenang

Jika betul ada yg bagi arahan...beritahu ajelah siapa yg bagi arahan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan kat aussi ka dgn anak dia, anak dia membesar di aussi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya yg kne gantung ni bunuh yang rare/jarang berlaku kan. Tapi kalau guna bom ni mmg jarang berlaku. Dia jelah kes famous guna bom
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
reveal sapa beri arahan pun susah jugak. kalau arahan tu berlapik. for example.  "selesai kan hal ini:. atau you settle this once for all" . tiada arahan jelas utk tindakan apa perlu dilakukan. hujung² nya atas pelaku itu sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Jib..... oooooo jibbbb.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah confirm penjara 40 tahun je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 10-10-2024 09:41 AM
Bukan kat aussi ka dgn anak dia, anak dia membesar di aussi

Banyak juga duit dia duduk sana yer. Macam ada org yg betul² 'jaga' dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagitau je la sapa arahkan ko
Ko takut dgn Tuhan ke atau takut dgn manusia? Mcm dh jatuh syirik jah kalo takut sgt sama manusia smpi gigil2 gitu nak bagitau nama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2024 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun replied at 11-10-2024 09:23 AM
Banyak juga duit dia duduk sana yer. Macam ada org yg betul² 'jaga' dia.

Kalau la ada rekod transfer bank kt acc sirul, mungkin pihak pendakwa blh trace sapa yg jd master mind
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
So bkn bijan atau kakmah la yg bg arahan? Adakah mcm kes fitnah grab rosmah punya? Bijan dah ke dalam pon xde yg reveal nama bijan mmg i assume ni fitnah ke bijan n rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by izwan_izi at 11-10-2024 12:07 PM

Apa motifnya tiba2 letupkan org..?

Ada arahan khas ke..ataupun

Sirul dgn Azilah communicate pakai sms / YM / Friendster sesama sendiri rancangan aktiviti hari tersebut selepas sarapan adalah culik dan letupkan warga asing Mongolia..?

Sedangkan kebanyakkan kes bunuh yg berlaku..pasti ada diletakkan motif pembunuhan..dendam / meyorokkan hubungan terlarang / menyorokkan kandungan luar nikah / hutang / cemburu dan sebagainya..

Tiba2 bab Azilah dan Sirul ni..tidak dinyatakan apa motif penbunuhan...pelik betul..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2024 12:22 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 11-10-2024 12:25 PM
izwan_izi replied at 11-10-2024 12:04 PM
Apa motifnya tiba2 letupkan org..?

Ada arahan khas ke..ataupun
Tiba2 bab Azilah dan Sirul ni..tidak dinyatakan apa motif penbunuhan...pelik betul..

Sirul dgn Azilah boleh bagi tahu, apa tujuan dan motifnya dan siapa yg arahkannya...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:53 PM GMT+8 , Processed in 0.080984 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list