CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47066|Reply: 145

Emma Maembong Sah Bercerai

[Copy link]
Post time 7-10-2024 07:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by codenamedream at 7-10-2024 08:06 PM



Emma Maembong sahkan sudah bercerai





Kuala Lumpur: "Ya kami sudah bercerai dan saya sudah tamat tempoh idah," kata pelakon jelita, Emma Maembong yang mendedahkan dia dan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar sudah bercerai secara baik.
Menyedari krisis rumah tangganya hangat diperkatakan dan dibincangkan di forum gosip, Emma bagaimanapun memilih pendekatan berdiam diri dan tidak mahu mengeruhkan keadaan selama ini.
Emma berkata, disebabkan itu juga dia masih memuat naik foto bersama bekas suami di media sosial hingga ramai pihak mula berteka-teki sama ada dia dan bekas suaminya masih bersama atau tidak.
"Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.







"Sebenarnya tujuan saya masih memuat naik foto bersama bekas suami di Instagram hanyalah untuk menjaga emosi anak-anak supaya mereka tidak terkesan dengan perpisahan ini.
"Saya nak anak-anak saya melihat keluarganya masih bahagia,"katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Ditanya bilakah perpisahan itu berlaku, Emma enggan berkongsi butiran terperinci kerana ia bukan perkara yang indah untuk dikongsikan.
"Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu saya mengambil Langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman.
"Namun, disebabkan hari ini saya menerima panggilan anda (media), saya rasa sudah tiba masanya untuk beritahu kepada umum supaya ia tidak lagi ditanya.
"Saya akui perkahwinan ini bukan satu perjalanan yang mudah. Banyak dugaan yang perlu ditempuh,"katanya.
Menurut Emma, dia bersyukur hubungannya dengan bekas suami masih baik dan masing-masing reda dengan perceraian yang berlaku.
"Walaupun sudah tidak bersama, hubungan kami masih baik.
"Masing-masing terima perceraian ini dengan berlapang dada dan matang. Kami juga anggap dugaan ini sebagai satu proses untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
"Fokus kami sekarang adalah membesarkan anak dengan sepenuh kasih sayang. Walaupun sudah tidak bersama, kami akan tetap buat aktiviti keluarga bersama-sama dengan dua cahaya mata kami"katanya.
Sementara itu, Shazli ketika dihubungi menyifatkan urusan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah dan reda dengan segala ketentuan.
"Kita cuma mampu merancang, namun soal jodoh, ajal semua di tangan Tuhan.
"Allah sebaik-baik perancang. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita," katanya.
Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pula dia bercerai
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
what....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya dgn berita 7/10/2024 ni. Fa, fazue, nyamma. Now ni plk.
Yg ni katanya dh habis eddah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Hm cerai je la mek oi.
Org sibuk highlights fazura hrini.
Kitorg xda masa. Kitorg sibuk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui la dak jennie habaq.. tapi masa tu dah dlm tempoh iddah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2024 07:59 PM | Show all posts
Moga yg baik2 shj utk kamu berdua...bagus cara kamu berdua selesaikan kemelut RT...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 08:01 PM | Show all posts
Matang lagi budak tak sekolah ni daripada budak tak sekolah lagi satu tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 7-10-2024 08:10 PM

Diam² dah habis iddah. Bagus la kekal kunci mulut. Semoga yang baik² untuk diorang semua.

Berbeza sangat dengan couple terpaling positive vibes, huru hara.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah..dh tamat iddah..meaning dh lebih 3 bulan..dr bulan 7 ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-10-2024 07:57 PM
Betui la dak jennie habaq.. tapi masa tu dah dlm tempoh iddah

Dak Jennie salah orang.
Bukan Emma yg pergi court tapi Ira Kazar.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah betul laa yg ada komen hrtu bgtau at the same time faz fail cerai..sumber court pn emma dgn laki pn dh cerai
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
knp tak de media yg cover dia dah cerai
baru je tgk dia last month dia celebrate birthday anak dia & tak silap dia pn tgh shooting drama dgn iedil utk tbsuku..

baguslah kak tak merempan pukul canang semua kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 7-10-2024 08:05 PM
knp tak de media yg cover dia dah cerai
baru je tgk dia last month dia celebrate birthday anak dia & ...

Sebab dia tak gigih post quotes mengundang.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tenang2 je emma, tak payah terpaling duit raya hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tu dah bercerai sampai dah habis iddah.punyala sendu
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 7-10-2024 07:57 PM
Betui la dak jennie habaq.. tapi masa tu dah dlm tempoh iddah

Kt mana nk baca tu? Lama betul x masuk porem..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh acik porem kena OT ke ni. Byk kes nak kaver. Tapi yemma kita kat sini tgh bz kat benang kak long. Later, k
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni tak terkejut sbb mmg dah ade khabar angin kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.482994 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list