CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 57749|Reply: 38

'Saya mengecam apa yang berlaku, mohon maaf kepada Malaysia' - Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia

[Copy link]
Post time 4-10-2024 11:24 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Kekecohan yang membabitkan rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan anggota keselamatan yang tular di media sosial baru-baru ini sudah diselesaikan, kata Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.


Sambil melahirkan kekesalan terhadap insiden yang membabitkan dua wanita Palestin itu, Walid berkata ia tidak mencerminkan tingkah laku rakyat Palestin secara umum.


Menurut beliau, kakitangan kedutaan sudah melawat pusat berkenaan dan bertemu dengan pegawai keselamatan serta rakyat Palestin yang terlibat untuk menyelesaikan perkara itu.


"Saya mengecam apa yang berlaku, dan ia tidak sepatutnya berlaku lagi," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Wisma Transit adalah kemudahan di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia yang digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk menyediakan penginapan.


Menurut Walid, individu terbabit bertindak secara emosi kerana kecewa tidak dibenarkan keluar dari pusat itu atas sebab keselamatan.


Walid berkata beliau sudah bertemu pegawai Kementerian Pertahanan pagi Jumaat untuk membincangkan keadaan itu.


"Isu ini telah dibincangkan dan diselesaikan. Apa yang berlaku adalah salah, dan kami tidak mahu memanjangkannya.


Bagi pihak Palestin, saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia," katanya.


Di tengah-tengah keganasan Israel di Gaza, Malaysia berjaya membawa 40 rakyat Palestin yang cedera untuk rawatan di Malaysia, bersama 80 saudara mereka dari Kaherah, pada 16 Ogos lepas.


Pesakit-pesakit berkenaan sedang menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT) di Kuala Lumpur, manakala saudara mereka yang tidak cedera ditempatkan di lokasi transit yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.


Duta berkenaan sekali lagi menyatakan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia, serta rakyat Malaysia atas sokongan kuat terhadap perjuangan Palestin.




Sumber  – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn ko ko sekali antar.. buang masa dgn puak ni.. puih..

Esok leh melantak mcd
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan: Dgn ko ko sekali antar.. buang ...


mmg jenis bodo ke, jenis lalang xnak berfikir wlu satu saat pun.

sorry sis, iols tak tahan nk komen. jgn marah ya. malas nk delete.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ulangtayang kata2 PM ke

"saya mengecam apa yg berlaku di Palestine.."

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 08:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2024 08:50 AM | Show all posts
knapa ramai sgt saudara tak cedera dibawa masuk malaysia?
patut tak perlula
dh amik hak org palestin yg betul2 sakit,
patut bawa sorg waris sudah la

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ganti balik pasu yg pecah tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Minta maaf je ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 01:23 PM | Show all posts
Nak slaahkan diorang 100% pun tak jugak la. Dari lahir2 je dah duduk dlm penjara Gaza. Kali ni pulak entah berapa sedara mara dia yg mati kena bom, kena bunuh. Entah berapa ramai anak sedara dia anak2 jiran dia kena tangkap masuk penjara Zionist. Bila dtg Malaysia pulak masih ditempatkan dlm wad n dijaga mcm dlm penjara. Letak kita dlm situasi dia, mungkin kita tak marah2 sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 01:37 PM | Show all posts
sharfox replied at 5-10-2024 01:23 PM
Nak slaahkan diorang 100% pun tak jugak la. Dari lahir2 je dah duduk dlm penjara Gaza. Kali ni pulak ...

setuju dengan awak
bangkem pernah baca satu kajian, salah satu tanda orang yang membesar dalam kesusahan ialah = tidak tahu cara menerima kebaikan

orang yang sentiasa dalam kesusahan ni, dorang tak pernah/jarang dibantu.. jadi dorang rasa janggal bila orang buat baik dekat mereka

bila terima bantuan, dorang tak tahu nak buat apa

kadang2 dorang anggap orang yang membantu itu nak ambil kesempatan

atau dorang memang dah takde langsung dah deria berterima kasih itu oleh kerana keperitan yang dorang alami selama ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 01:51 PM | Show all posts
sama macam orang yang tak pernah dipujij

sekali dapat pujian, dia punya awkward tu lain macam

serupa acik2 tiktok/fesbuk.. bila orang luar puji malaysia, mula ler acik2 bukak pekung di dada masing.. mat saleh puji klcc kat tiktok, acik2 tetiba menyelit kat komen kata klcc tu pembaziran ramai rakyat malaysia yang mati kelaparan etc
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Duta ni antara golongan t20 Palestine...kebanyakannya dari parti fatah
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 02:30 PM | Show all posts
Damage control... minta maaf ja lah.

Pekung yang dah terbuka tu mana boleh ditutup balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper: Duta ni antara golongan t20 Pa ...

Peminpin2 hamas yg duduk luar Palestine tu kaya juga.yg berhampas pulas berperang berlapar mati tu rakyat marhean kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 5-10-2024 02:14 PM
Duta ni antara golongan t20 Palestine...kebanyakannya dari parti fatah

Memang la nok, dah fatah je yg direcognised sebagai govt palestine.  Hamas tu kan dilabel as terrorist organisation takan nak hantar hamas jadi ambasador ke negara2 luar lak.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus: Ganti balik pasu yg pecah tu!




Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kat kaherah tu nape bawak masuk jugak?
macam2 laaa
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
program ni klu diaorg dah sembuh akan di hantar pulang ke apa? atau masih stay sini
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2024 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe nampak nya tegas... Seperti heshe tahu own kind
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072292 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list