View: 43130|Reply: 135
|
Demi keselamatan, Fazura dikawal pengawal peribadi situasi biasa – Pengurus
[Copy link]
|
|
Hadir ke mahkamah diiringi lima pengawal peribadi sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi, pengurus kepada pelakon Fazura, Iman Tang menegaskan perkara tersebut merupakan keperluan keselamatan aktres tersebut.
Bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, Iman atau nama sebenarnya Nur Iman Tang, 49, berkata, sudah menjadi kebiasaan untuk artis jagaannya itu membawa pengawal peribadi ke hadir majlis tertentu, bukan untuk bermegah mahupun konten.
“Pengawal peribadi? Itu adalah kebiasaan Fazura bila dia pergi ke majlis mana-mana, dia memang akan upah bodyguard.
“Saya sebagai pihak pengurusan, benarkan sahaja permintaan itu sebab sebelum ini, ada kejadian orang kurang sopan datang untuk bergambar tetapi ambil kesempatan.
“Macam semalam, kami tak tahu keadaan dekat mahkamah macam mana sebab berkemungkinan ramai datang termasuk peminat. Cuma saya berpesan dekat bodyguard supaya tidak berkasar dengan rakan media,”katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah Iman lagi, dalam situasi sekarang, pihaknya enggan mengambil pusing tentang apa yang diperdebatkan netizen dalam media sosial.
“Bagi saya perkara tersebut tidak meniadi isu pun, kadangkala kita tak boleh terlalu ambil peduli tentang apa yang netizen katakan.
“Sebelum ini pernah Fazura pergi Mahkamah Tinggi tanpa bodyguard, keadaan jadi tidak terkawal dan dia dikasari peminat.
“Bila ada sesuatu jadi, mereka akan cakap pula takkanlah Fazura tak bawa pengawal peribadi, kan dah kena macam ini. Netizen pula yang ‘bantai’ kita, tapi bila ada mereka tanya pula kenapa sampai lima,” jelasnya pada majlis sidang media, Konsert Govinda, Hal Hebat, di sini, hari ini.
Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Kehadiran pelakon filem J-Revolusi itu ke Mahkamah tersebut mencuri perhatian apabila seramai lima pengawal peribadi ditugaskan mengiringinya.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura ghisau acik2 FAteam baling telur busuk kut |
|
|
|
|
|
|
|
‘Must be something ‘ sampai ada bodyguards.
Cara Iman ckp ini macam ada anasir2 luar yg nak buat jahat dekat Fazura. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mun_cha_gha at 26-9-2024 11:45 PM
Ke Fazura terpaksa buat mcm ni mintak cerai sebab ada ugutan? Yang dia terpaksa buat camni.
Tu sampai sekarang org taktahu kenapa sebab?????
Sebab apaaa? Kemungkinan fattah diam dia pun ntah2 terima ugutan. ada org ikut buat takut2?
#mcmdlmfilem |
|
|
|
|
|
|
|
alasan kau je la sebenarnya
takdenya manusia nak ketuk kepala kau tu dgn berjota2 kamera siap live lagi
rupanya bercurhat jugaklah ye hang berdua sampai pagi2 call kan..kira "takpelah" kan sbb pengurus dgn retis ye tak..janji jgn dgn mak janda kononnya tu kan..yg ni baru terbukti bersalah kan miss terpaling bermaruah |
|
|
|
|
|
|
|
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:38 AM
Jahatnya mulut kau! Jaga2 nanti kena report baru tau! Dia kan ratu, puteri yang layak di tunduk.
...
aikk ni pun kira pitenoh ke..lemah sgt la pulak sang ratu
kena sembah ratu la ni ek haha |
|
|
|
|
|
|
|
Risau kot kena fanatik FA
Kalau iols pun risau gak. Tambah2 ade berita wat liputan live |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti akak pakai putih, korang pakai hitam, k. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mun_cha_gha at 27-9-2024 12:50 AM
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 12:42 AM
aikk ni pun kira pitenoh ke..lemah sgt la pulak sang ratu
kena sembah ratu la ni ek haha
Benang lain org komen psl BG, pergi indon, muka haggard, pergi london, gi concert dgn pengurus, tak duduk sembumbung pun walafaz sudah bagi warning. Gitu2 je kutukan. Apatah lagi kutukan you.
Mestilah wajib sembah. Ratu okehhhh! Kaya, cantik, educated, famous, berkedudukan berpackage lengkaaaap. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 27-9-2024 12:46 AM
Nanti akak pakai putih, korang pakai hitam, k.
Hehehehe suka skrip ni.
Ni pulak
Nanti ambik gambar akak, side profile, anak taksenyum n makesure black n white tau. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasiblah bila dah jadi kebencian orang ramai. Buat apa pun, pakai apa pun menjadi kecaman. |
|
|
|
|
|
|
|
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:48 AM
Benang lain org komen psl BG, pergi indon, muka haggard, pergi london, gi concert dgn pengurus, ta ...
ewww tak kuasa lah nak ikut rentak depa je..takkan nak kena sembah walafaz walaneutral sekali..depa pun sama je takde beza dgn walafat tapi acah2 terpaling semua..
kita pun fans dedua ni haaa tapi takde lah sampai menonong mengiyakan benda yg tak betul kan. lantakkan je la depa tu kaka |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 27-9-2024 01:04 AM
ewww tak kuasa lah nak ikut rentak depa je..takkan nak kena sembah walafaz walaneutral sekali..dep ...
Walaweiiiii kihkihkih
|
|
|
|
|
|
|
|
katakauu replied at 27-9-2024 01:12 AM
Walaweiiiii kihkihkih
|
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nak tengok apa kesudahan drama kisah diaorg |
|
|
|
|
|
|
|
mcm antara 2 darjat plak, yg kaya berduit siap ber BG, yg nan hado santai2 je dtg sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Gangster kasut tumit tinggi melayang pun kejong sampai bawak bodyguard kewww?
Kahkahkahkahkahakhakha
|
|
|
|
|
|
|
|
mun_cha_gha replied at 27-9-2024 12:38 AM
Jahatnya mulut kau! Jaga2 nanti kena report baru tau! Dia kan ratu, puteri yang layak di tunduk.
...
So awak la kaki report tu ke cane.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|