View: 20482|Reply: 36
|
Kerajaan perlu teliti lawatan beta ke China – Yang di-Pertuan Agong
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya Kerajaan meneliti hasil lawatan baginda ke China serta perkara-perkara yang telah dibincangkan.
Menerusi satu kenyataan, Sultan Ibrahim bertitah antara perkara yang dibincangkan dalam lawatan baginda ke China termasuklah
pendidikan, perdagangan, pelaburan serta pengangkutan dan kesalinghubungan.
“Banyak perkara telah saya bincangkan bersama Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang serta diterima baik oleh kedua-dua pemimpin berkenaan.
“Hubungan baik antara Malaysia dan China berasaskan kepercayaan serta penghormatan yang membolehkan kerjasama erat dalam hampir semua sektor,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.
Titah Seri Paduka Baginda, kebangkitan China di persada antarabangsa dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini cukup menakjubkan.
“Negara mereka mempunyai contoh-contoh yang baik untuk kita teladani dalam usaha memulihkan negara selepas beberapa tahun kebelakangan ini yang menduga,” titah baginda.
Seri Paduka Baginda turut memuji pendirian yang diambil China yang menyanggah tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.
Titah baginda, Malaysia senada dengan China dalam menyatakan solidariti terhadap isu keamanan sejagat di bumi Palestin.
Dalam kenyataan sama, Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan China atas keistimewaan yang diberikan sewaktu anakanda baginda, Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Laksamana Johor menerima rawatan di negara itu.
“Kerajaan China telah memberikan pengecualian khas kepada anakanda saya untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di China walaupun Almarhum seorang warga asing. Saya akan sentiasa bersyukur atas perkara ini,” titah baginda.
Bersempena jubli emas perhubungan Malaysia-China, Sultan Ibrahim menzahirkan harapan agar perhubungan kedua-dua negara terus subur dan erat demi manfaat bersama.
“Ulang tahun ke-50 perhubungan diplomatik bukan sahaja satu sorotan untuk diraikan, tetapi juga ruang untuk memperkukuhkan kerjasama ke arah masa depan yang lebih baik,” titah Sultan Ibrahim.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
so kapai2 prc china tu balik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Jap...YDPA ni pergi sana atas lawatan rasmi ketua negara & politik ke...
Lain macam ya |
|
|
|
|
|
|
|
Ber baik dengan china la ontong.... Hapus kan dollar...kuat kan petro yuan.... Dealing dengan zionist kejam |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 23-9-2024 11:51 AM
baguslah agong buat lawatan diplomatik,
kendur sket situasi tegang sekarang,
dgn kapal2 prc di lautan melayu/nusantara.
juga bagus la prc sambung balik projek prc di forest city,
boleh 2 juta pendatang prc yg masih tak balik2,
boleh berumah tangga kat situ
moga mereka ramai2 masuk Islam.
kita doakan bagi mereka semua. Amin
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini lawatan peribadi ke lawatan kerja sebagai agong... |
|
|
|
|
|
|
|
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke China untuk Lawatan Negara selama empat hari atas jemputan Presiden Xi Jinping.
Lawatan ini juga bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rashiman at 23-9-2024 04:58 PM
HSR: Konsortium China-M'sia dalam pertimbangan lepas Agong jumpa Xi, kata Nga
Diterbitkan: Sep 23, 2024 3:03 PM
⋅
Dikemaskini: 3:57 PM
Sebuah konsortium antara syarikat China dan Malaysia untuk membangunkan syarikat Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura sedang dipertimbangkan, susulan perbincangan antara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Presiden China Xi Jinping.
Perkara ini didedahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, yang menyertai rombongan Agong ke China minggu lalu.
Menurut laporan Sin Chew Daily pada Jumaat lalu, Nga berkata Xi menyuarakan minat yang besar terhadap penglibatan China dalam projek HSR tersebut.
Apabila ditanya jika ini termasuk pembiayaan dari China, menteri itu dilaporkan menjawab kerjasama antara syarikat milik negara, parti atau syarikat swasta China dengan syarikat swasta Malaysia merupakan satu kemungkinan.
Dia berkata jika syarikat-syarikat ini mempunyai kekuatan kewangan untuk melaksanakan projek HSR, baik Beijing mahupun Putrajaya akan mengalu-alukan konsortium sedemikian.
Butiran lanjut, katanya, akan dibincangkan antara Kementerian Pengangkutan dan kerajaan China.
Nga juga menyebut terdapat aspirasi agar HSR pada suatu hari nanti dapat menyambung perjalanan hingga ke Kunming, China dan mewujudkan "Jalan Sutera Baru."
Sebelum ini, laporan Bloomberg memetik sumber mendakwa Sultan Ibrahim sedang mencari pelabur untuk projek HSR semasa lawatannya ke China.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Agong, yang juga Sultan Johor bertitah ingin melihat projek yang tertangguh ini menjadi realiti, dengan pelarasan semula laluan untuk melalui projek Forest City, di mana baginda juga mempunyai kepentingan.
Perjanjian dua hala HSR KL-Singapura telah ditandatangani pada 2016.
Pembinaannya ditangguhkan pada September 2018 di bawah kerajaan PH, yang meminta penangguhan sehingga akhir 2020.
Kemudian pada 2021, pentadbiran Muhyiddin Yassin - yang mengambil alih pada Mac 2020 - secara rasmi membatalkan perjanjian dengan Singapura selepas rundingan semasa pandemik Covid-19 menemui kegagalan.
Kerajaan Madani pula mengambil pendekatan agar projek HSR dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta tanpa memberi beban kewangan kepada Putrajaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Forest city & HSR kot...
Ada baca YTL pun antara yang ikut rombongan. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 24-9-2024 08:53 PM
Mula2 bagi pekerjaan melalui project2, brg beli negara sana, pekerja2 negara sana dan wargasing bangla nepal, buat penempatan utk mereka tinggal, duduk penempatan mesti adakan mall dan sekolah utk mereka, mesti juga adakan kilang industry utk wargasing bekerja, industry kilang sekolah mall rumah mestilah dekat port airport keretapi dan highway, bukan itu saja singapore juga memiliki asset tanah kilang bisnes, sedikit demi sedikit kena jajah, wang hasil dapat org asing, rakyat hanya tahu kekaguman saja. Harga makanan/rumah/servis ikut harga singapore bukan harga malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
lostnfaun replied at 23-9-2024 06:11 PM
Forest city & HSR kot...
Ada baca YTL pun antara yang ikut rombongan.
Mungkin pemimpin China lebih yakin berbincang dgn YDPA yg tiada kaitan dgn politik.....
Sebab sejak akhir2 nie, PM sentiasa bertukar ganti, projek2 mega yg disertai China sebelum ini pun ada yg tangguh, ada yg dibatalkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin xi jin pin tu ingat Agong tu " presiden " macam dia jugak.kebanyakkan negara luar tak paham sistem malaysia ni macam mana .
dah la ada perdana menteri. ada pulak agong. 5 tahun pusing sekali.
negeri 13 . rajanya 9 orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang macam ni bahaya sebenarnya. sebab berkepentingan.Pemerintah terdahulu condong ke arah british.
sampai jumpa queen victoria dapat title Maharaja.
boleh pulak buat perjanjian dengan Sultan Ali ...matinya sultan ali
gelaran Sultan tidak boleh di pakai oleh waris.
Waris sultan ali 10 orang kalau tak silap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MissYouSayang at 24-9-2024 02:03 AM
Setuju dgn komen2 acikpor di sni yachhh!!!!...ada udang disebalik mee bandung |
|
|
|
|
|
|
|
Jinping ada senyum...ni pasal HSR n Forest city lah kan sbb NGA Kor Ming n Anthony loke pun ada sekali...padahal Anthony loke tak pandai ckp cina. So berapa juta rakyat china nak masuk lagi. Haritu sejuta dah selamat masuk tak keluar2... |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun ai Org Jhr buat telah menetap di luar negara untuk sekian lama lah... Jujur ye ai cakap ai kurang suka dgn uncle ni. Byk lah issue nya. Org2 yg tinggal dikawasan kg2 ye mereka hormati unlce ni, but penduduk yg menetap di urban area tidak berapa horamtnya pada dia. Cuma yelah Uncle ni kan somebody no one can touch him. But God will insAllah |
|
|
|
|
|
|
|
The Edge bgtau jagung nak mintal loan utk HSR. Harap tak jd mcm sri lanka dan argentina lah |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-9-2024 09:13 AM
mungkin xi jin pin tu ingat Agong tu " presiden " macam dia jugak.kebanyakkan negara luar tak paha ...
Ini banyak sangat guna politically neutral... Negara SEA memang begini... So far SG kurang sikit.. Indon sekarang ini economist depa begin bercakap pros and cons brics ini...china ada advantage... Malaysia bukan negara economy kuat seperti members brics lain...seperti UAE... Saudi.. Brazil.. India..if malaysia jadi member brics akan same level dengan Ethiopia untuk benefits... sama depa (china) ambil advantage dengan russia kuat kan yuan apabila kena russia sanction...banyak internal conflict among members sendiri mahu angkat brics jadi military organisation puka seperti nato .. Pakar brics forum maybe malu masuk thread ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 23-9-2024 11:28 PM
Mula2 bagi pekerjaan melalui project2, brg beli negara sana, pekerja2 negara sana dan wargasing bang ...
jadi mcm pelombong bijih timah dgn pekerja ladang dulu² eh. main tinggal je pastu kne bagi mcm²? |
|
|
|
|
|
|
| |
|