CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28326|Reply: 32

[Tempatan] Gaji 3k sebulan, betul ke majikan swasta tak mampu?

[Copy link]
Post time 11-9-2024 03:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 11-9-2024 07:42 AM

PETALING JAYA: Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) berkata tidak semua syarikat swasta mampu membayar gaji minimum RM3,000 sebulan seperti dilakukan Khazanah Nasional Bhd.

Presiden Syed Hussain Syed Husman berkata Khazanah dapat berbuat demikian kerana prestasi cemerlang yang mencatatkan keuntungan RM5.9 bilion pada 2023.

Katanya, keupayaan majikan untuk menawarkan gaji permulaan tertentu bergantung kepada keuntungan syarikat.

“Tidak semua majikan mempunyai prestasi kewangan baik terutama dalam iklim ekonomi semasa. Ada syarikat terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menunjukkan prestasi kewangan agak berbeza.

Kebanyakan perniagaan mikro dan sederhana masih bergelut untuk memulihkan aliran tunai mereka dan tidak akan mampu bayar gaji permulaan RM3,000 sebulan, katanya kepada FMT.

Selasa lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memuji langkah Khazanah menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk pekerja dan berharap syarikat swasta lain mencontohinya.

Mengakui kepentingan syarikat swasta mencatatkan keuntungan, beliau berkata harus ada iltizam daripada pihak pengurusan untuk menjamin keselesaan pekerja.

Anwar berkata, langkah Khazanah selaras pengumumannya baru-baru ini mengenai pelarasan gaji penjawat awam untuk menerima pendapatan bulanan tidak kurang RM2,000.

Sementara itu, Syed Hussain berkata kenaikan gaji di sektor swasta bukan membabitkan peningkatan upah semata-mata tetapi bonus turut diberikan.

Katanya, jika syarikat tidak mempunyai kemampuan kewangan, mereka tidak boleh dipaksa menawarkan gaji permulaan lebih tinggi daripada apa ditetapkan sebagai paras gaji minimum nasional.

Penting untuk memastikan kadar gaji permulaan tidak dilihat sebagai beban terutama bagi PMKS yang masih menghadapi cabaran besar dari segi aliran wang tunai, katanya.

Menurutnya, dasar gaji progresif (DGP) yang masih di peringkat projek rintis dan sukarela dengan insentif diberikan kerajaan boleh menjadi alat untuk meningkatkan pendapatan pekerja yang bergaji antara RM1,500 hingga RM4,999.

Bagaimanapun, sambutan terhadap projek rintis tidak begitu menggalakkan. MEF harap kajian semula akan dilakukan September (bulan ini) dapat memperbaiki penyampaian pelaksanaan DGP, katanya.

MEF berharap lebih banyak majikan dan pekerja akan menikmati faedah DGP yang boleh menjadi dasar ‘menang-menang’ bagi pekerja dan majikan.


FreeMalaysiaToday


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:01 AM | Show all posts
chinaman company mentality.. asyik kata rugi je mamanjang.. tapi dia elok dapat bonus dgn naik gaji setiap tahun.. takut kena rompak duit tu kalau tak dipakai katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Org yg ada bisnes sendiri yg tahu susahnya nk menten income company..tambah2 company kecik....yg pekerja hanya tahu makan gaji je yg selalu merungut pasal gaji tp kerja hauk dan x reti nk bantu boss naikkan income company..hanya tahu pi kerja ,balik kerja mlm tidur lena...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Company kecik mmg faham la. Yg zalim adalah company besar dan public listed lagi masih guna formula gaji minimum utk staff bawah. Sedangkan gaji ceo dan top mgmt ikut market rate dengan alasan nak attract talent.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkahkahkah.. Biasanya spesis yg konon-konon terpaling memperjuangkan gaji lebih tinggi kepada pekerja2 bawahan ni  la yang kalau harga lauk kedai makan naik 50 sen pun dah meroyan  hari-hari dalam socmed. Otak dia tak dapat berhubung nak naikkan gaji income syarikat kena naik. Nak naik income syarikat, harga jualan kena naik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2024 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah. Company nak naikkan gaji susah la, sebab duit sendiri. Khazanah nak naik gaji ke, nak lupus 27 juta dekat Pesen Belit (FV) ke, dia pedulik haper. Bukan duit dia pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 08:39 AM | Show all posts
noor2 replied at 11-9-2024 07:02 AM
Org yg ada bisnes sendiri yg tahu susahnya nk menten income company..tambah2 company kecik....yg pek ...

aku rasa kalo company kecik mcm "Aminah dan Siti 2 Bersaudara sdn bhd" xder sape expect mampu nak gajikan pekerja rm3k starting... ini org kecam company bosa2 yg dah well-established tp bayar gaji ciput.. not only local private company tp international company yg masuk malaysia cam japanese firm yg mmg popular pown bagi kat staff die starting around 2k jer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 09:32 AM | Show all posts
Company kecik paham lah, takkan nak expect gaji besar.. Keje pun tak banyak agaknya macam keje company besar2 nama hebat.. Makin besar company, makin besar belanja.. Nak maintain lagi, bukan senang! Kalau dapat banyak company boleh bagi bonus! Tapi i keje dulu company gah, basic sikit bonus jangan tanya.. Sendu! Alhamdulillah sekarang keje kat tempat lain, mungkin rezeki lebih baik kat sini.. Ada bonus alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 11-9-2024 05:38 PM

Staff/bos atasan tamak haloba gaji mau besar, tambah lagi diorg wujudkan pekerjàan utk anak beranak yg x buat kerja, saki baki buget gaji itu baru dibayar kpd pekerja bawahan, sampai beban kerja 5000 dibayar gaji 2000 termasuk cover pekerja anak emas x buat kerja, selayaknya kedai2 tiada pembeli, penat2 bekerja gaji x setimpal buat apa berbelanja, padan muka kedai tiada pelanggan, tgk film platform 2019 atasan tamak haloba org bawahan berbunuhan utk survive hidup, selayaknya byk bisnes katup kerana kurang kuasa membeli
Org atasan gaji lebihan aman2 beli rumah cash, travel oversea, langgan pelacur, berjudi, kereta besar tunjuk lifestyle, bukannya membantu berbelanja bisnes kecil lain
Selayaknya byk peminta sedekah, scammer, bunuh bini bunuh parent pekedai tipu timbangan ramai bunuh diri ramai mental depression Kfc tutup cinema kurang pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 09:51 AM | Show all posts
xmampu tapi nak bisnes jugak..lepas tu merengek rengek kat kerajaan nak pekerja bangla pukistan indon rohingya...kenapa tak pergi buka company kt negara2 tu terus?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:08 PM | Show all posts
kalau sy pulak, bukan tak mampu tp sebabkan nk selamatkan adik sendiri dpd takde keje.. so hire adk sndr as sales manager TAPI TAK BUAT KEJE. Kami dah komplen pd Bos besar tp keadaan ttp sama siap pakej dia ckp tak boleh mrh2 adik dia takut kne heart attack. so cwgn kami mmg takde sales sgt takde walk-in cust. harapkan HQ je tp takde sape blh buat apa apa. kami pun mmg cari keje lain tp rezeki belum memihak lg.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:21 PM | Show all posts
baru tadi umum networth owner 12 billion, gaji staff tara tu je
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:46 PM | Show all posts
dan cuti, kalau boleh wajibkan cuti dua hari seminggu. dahlah banyak je kompeni hanat2 yang OT tak boleh claim dan memacam benda dorang amek mudah. isu kwsp pun macam susah nak handle, good luck lah nak selesaikan isu2 lain
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling hauk gaji engineer sebenarnya..masih bawah 3k utk fresh graduate..klau keje fnb, hotel bawah 3k logik la tapi engineer kot..baik x yah susah belajar dlu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 12:55 PM | Show all posts
mereput la bos iols kalau dia dengar berita ni memang tak mampu la untuk kompeni kecik, bayar rental pon tak lepas nanti. Lebih kepada downsizing la jawabnya, dia la yang jaga kaunter, dia la yang cuci tandas, diala yang jadi despatch etc etc

nak murah ambik warga asing...secara illegal opssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2024 02:39 PM | Show all posts
contoh la kalau kampeni mampu bayar pon, nanti dorang tarik balik kot lain. Potong gaji kalau masuk ofis lambat, cut elaun , cut medical benefits, cut cost annual dinner kampeni. hujung2 yg penting boss boleh tukar kete baru tiap2 tahun.


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:02 PM | Show all posts
ultra78 replied at 11-9-2024 07:20 AM
Company kecik mmg faham la. Yg zalim adalah company besar dan public listed lagi masih guna formula  ...

Kinokuniya salah satu example.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:15 PM | Show all posts
ardent91 replied at 11-9-2024 08:39 AM
aku rasa kalo company kecik mcm "Aminah dan Siti 2 Bersaudara sdn bhd" xder sape expect mampu nak  ...

contohnya retail company ke sis?.. 14 tahun lepas, sana gji mmg sikit nk banding gaji fresh grad lain. branch manager pun gaji x besar mana. maybe tu standard utk retail kot?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2024 03:21 PM | Show all posts
Mampu je kalau yang di hire pun blh multi task. Selalu yg nak gaji 3ribu ni keja pun tak reti apatah lagi nak suruh benda lain.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.064892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list