CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4275|Reply: 36

Dr Mahathir: Tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

[Copy link]
Post time 12-6-2024 09:20 PM | Show all posts |Read mode




Adalah tidak wajar bagi Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan pemisahan kuasa antara negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir Mohamad.


Mengimbas kembali sejarah apabila Johor menandatangani perjanjian penyerahan kuasa pentadbiran negeri kepada British, bekas perdana menteri itu mengingatkan bahawa tanpa persekutuan, negeri itu akan kekal menjadi jajahan Inggeris hari ini.


“Johor akan terus menjadi negeri koloni (jajahan) dan bukan merdeka.


"Kita adakan persekutuan supaya negeri yang kaya boleh membantu negeri yang miskin.


"Kalau pada mulanya semua miskin termasuk Johor. Kemudian, selepas mendapat kemerdekaan Johor menjadi kaya dia tak nak bagi hasil dikongsi negeri miskin itu tak boleh.


"Sarawak pun bukan sampai dia tak bagi duit. Dia cuma minta lebih sikit dan kita bagi," katanya di sidang media Yayasan Perdana, di Putrajaya hari ini.


Bekas perdana menteri itu mengulas kenyataan Tunku Ismail yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa mereka bukan negeri pengemis sehingga perlu meminta-minta bagi menampung keperluan dan pembangunan di negeri itu.


Pada sesi podcast secara langsung pada 9 Jun, baginda membangkitkan keperluan dan kepentingan negeri itu hanya dilayan khususnya ketika musim pilihan raya








Justeru, Tunku Ismail bertitah bahawa perlu ada pemisahan kuasa antara negeri dan persekutuan.


Baginda turut membangkitkan cadangan mewujudkan Gabungan Bangsa Johor, iaitu gabungan yang titahnya, akan membolehkan kepentingan negeri diputuskan sendiri oleh penduduknya, seperti di Sarawak.


Mengulas lanjut, Mahathir mengingatkan bahawa Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael yang menyerah Johor kepada British.


Melalui perjanjian itu, semua kuasa diserahkan kepada Inggeris, kecuali pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang masih dipegang oleh Raja-raja Melayu.






Katanya, perjanjian itu berjaya dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan Umno yang kemudiannya  membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.


"Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.


"Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam demokrasi berparlimen," katanya lagi.


Mengikut sejarah, Harold Alfred MacMichael seorang  pentadbir British yang diberi kuasa untuk menandatangani perjanjian rasmi dengan raja-raja Melayu ke atas skim cadangan Malayan Union bermula 1945.


Sultan Ibrahim dari Johor menjadi Raja Melayu pertama yang bersetuju.  Menerusi perjanjian itu, United Kingdom mempunyai kuasa pentadbiran penuh ke atas negeri-negeri Melayu kecuali yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.


Sumber : Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
We want more Tun !!!! Burn baby burn !!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg tun ckp mmg btl. Tp bila bg anak tempatan memerintah pun x smooth. Bnyk masalah. Highway jamed da berpuluh tahun pun msh x blh nak setel. Kalo British perintah agak2 blh setel x masalah highway jamed ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masyaallah..kuatnya ingatan Tun sampai sekarang...

Umur akak ni nk capai 55 pun lambat lagi pun x tahu entah masih wujud atau tidak ini kan nak capai 60..70..80..90 mcm Tun..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 10:59 PM | Show all posts
Hard truth
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buruk2 pn pemimpin kt at least kt sendiri yg tadbir.. Mesti ada sekelumit semangat patriotic compare ngn bangsa asing yg mmg nk amik hasil je... Ada dak dlm tt ni ckp kt tadbir sendiri x maju pn mcm spore.. Tgk negara2 yg still under British.. Maju je... ak x igt negara apa bdk tu ckp...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2024 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 12-6-2024 09:38 PM
Apa yg tun ckp mmg btl. Tp bila bg anak tempatan memerintah pun x smooth. Bnyk masalah. Highway jame ...

https://www.timeout.com/uk/news/revealed-englands-worst-roads-for-traffic-051724

https://www.bbc.com/news/uk-england-london-64219939

London remains world's most congested city, report claims
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 12-6-2024 11:12 PM
Buruk2 pn pemimpin kt at least kt sendiri yg tadbir.. Mesti ada sekelumit semangat patriotic compare ...

Hongkong ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 12-6-2024 11:36 PM
Hongkong ke?

Bkn... Negara omputih... Apa ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 09:59 AM | Show all posts
shida81 replied at 13-6-2024 05:18 AM
Bkn... Negara omputih... Apa ntah..

oz? canada? kiwi?



Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 10:06 AM | Show all posts
British bagi merdeka tahun 1957 pun sebab tak mahu tanggung kos pentadbiran, tapi segala ekonomi, bank2, perkapalan etc masih menjadi hak british..depa kaut keuntungan dan kekayaan Malaysia.. Kemerdekaan sebenar bermula tahun 1980 bila ekonomi Malaysia dipegang oleh orang Malaysia.  
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 10:28 AM | Show all posts
Tapi aiols rasa itulah yg deyols nak. Deyols rasa connection yang kuat dengan British sebab moyang deyols je yg dpt sir segala tu dan rapat dgn victoria bagai. Memang dah lama deyols seolah2 ugut boleh keluar anytime dari Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 13-6-2024 09:59 AM
oz? canada? kiwi?

Haaa.. Yang ni rasenya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 3 contoh boleh dirujuk iaitu Singapura, Hong Kong dan Brunei kalau Johor tak masuk Persekutuan. Gitulah gambaran bagi Johor
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 11:54 AM | Show all posts
terima kasih Tun, jasa Tun hanya tuhan dapat membalasnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau dpt keluar msia x pakai RM dah ke johor ni pakai paun sterling ke .. blh le cari keje cleaner kat johor pasni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
shida81 replied at 13-6-2024 10:30 AM
Haaa.. Yang ni rasenya...

Rakyat oz pun ada yg taknak dibayangi oleh king/queen.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kan ada video hitam putih sultan ibrahim (moyang) ada majlis kat istana england sana. Ada majlis minum2. Wonder mail tak rapat ke dgn queen e atau sekarang king c. At least rapat dgn william. Sebab atok moyang dia kan rapat bff dgn king/queen of e.

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sbrnya xfhm apa diaorg nk? Setlah 60thn lebih merdeka why skrg tetiba nk jd negara sndr..kenapa bukan masa sg n brunei tarik diri dr jd sekutu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la penting nya education
Belajar pasal sejarah.
bukan pasal me me me me..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.079957 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list