CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 11293|Reply: 1

[Selangor] Restoran rugi besar, tempahan untuk 500 orang rupanya ‘scam’

[Copy link]
Post time 8-6-2024 05:47 PM | Show all posts |Read mode

Laporan polis dan surat yang didakwa daripada sebuah IPT.

PETALING JAYA – Sebuah restoran mengalami kerugian besar selepas menjadi mangsa penipuan individu yang mendakwa mereka dari sebuah institusi pengajian awam.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, restoran yang terletak di Kuala Lumpur telah menerima pesanan untuk hidangan 500 orang.

“Kami menerima pesanan dari seorang individu daripada sebuah universiti awam dengan tempahan 500 pek untuk acara yang akan berlaku pada 7 Jun dan pesanan itu melalui surat yang kelihatan rasmi dengan logo Kementerian Pengajian Tinggi dan institusi berikut.

“Mereka juga membuat tempahan pada saat akhir kerana beranggapan bahawa pihak katering terdahulu menarik diri. Kami terus bersetuju dengan menantangani semua dokumen yang diperlukan.

“Dipendekkan cerita, ia merupakan scam. Sebenarnya tiada acara atau tempahan dan dokumen telah dipalsukan,” kata pihak restoran terbabit.

Sementara itu, restoran itu mendapati bukan mereka sahaja menjadi mangsa penipuan daripada scammer terbabit.

“Kami juga mendapati terdapat syarikat katering lain yang mengalami nasib yang sama sehingga mereka juga berdepan kerugian yang teruk,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak restoran tersebut telah menfailkan laporan polis di sebuah balai polis Kuala Lumpur dan memaklumkan institusi berkenaan mengelakkan penyamar yang menggunakan nama institusi berkenaan.

Pada masa sama, restoran terbabit berjaya mengelak kerugian berlaku dengan teruk kerana terdapat beberapa pihak yang telah menyalurkan bantuan kepada mereka.

“Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah berkongsi kisah kami dan memberikan sokongan.

“Terima kasih atas bantuan anda, kami berjaya menjual semua hidangan tersebut.

“Restoran kami tidak megalami kerugian teruk, kami sangat hargai bantuan anda,” katanya lagi.- KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... orang-rupanya-scam/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2024 09:25 AM | Show all posts
Semoga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pencinta WordPress | Senarai2 Terpopular WordPress Page Builder PERCUMA
vectorismPencinta WordPress | Senarai2 Terpopular
Views : 19673 Replies : 3
Koleksi Juadah Hari Raya
GigihadidntKoleksi Juadah Hari Raya
Views : 45210 Replies : 2
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 13167 Replies : 38
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44600 Replies : 669
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1126077 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.041454 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list