CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2585|Reply: 0

[Pahang] Pencuri kereta Honda City jerit ‘kau diam’

[Copy link]
Post time 4-6-2024 05:06 PM | Show all posts |Read mode

Napisah berkongsi pengalaman berdepan detik cemas dilarikan seorang lelaki bersama kereta milik anaknya.

KUANTAN – “Mak cik tekad hendak terjun (dari kereta),” kata Napisah Muhammad, 68, ketika berkongsi pengalaman berdepan detika cemas dilarikan seorang lelaki bersama kereta milik anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Semambu di sini semalam.

Bagaimanapun nasib warga emas itu baik apabila dia tidak mengalami sebarang kecederaan setelah dilepaskan suspek pada jarak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Napisah memberitahu, sepanjang berada di dalam kereta bersama suspek, bahu kirinya dipegang kemas selain dijerkah untuk duduk diam.

“Masa mula-mula itu mak cik tidak perasan ada lelaki masuk kereta kerana mak cik hanya pandang ke arah tandas (stesen minyak).

“Secara tiba-tiba seorang lelaki masuk dan duduk di sebelah mak cik (tempat duduk pemandu), ketika itu mak cik cuba lari tetapi dia (suspek) pegang mak cik.

“Dia pegang bahu mak cik sambil kata ‘kau diam’. Mak cik cuba keluar juga tetapi ketika itu dia telah pecut kereta. Mak cik nampak anak mak cik kejar kereta,” katanya di sini hari ini.

Bimbang dibawa lebih jauh, Napisah berkata, dia terus meronta untuk keluar dari kereta sebelum suspek bertindak memperlahankan kereta di kawasan kedai tidak jauh dari stesen minyak berkenaan.

“Sampai dekat jalan besar, dia masuk simpang kiri dan terus masuk ke kawasan premis kedai sebelah kiri. Masa kereta tengah bergerak mak cik meronta dah nak keluar. Dia perlahankan kereta dan selipar mak cik tercicir di situ.

“Lepas itu dia cakap “kau nak keluar, kau berambus”. Dia perlahankan kereta, dia tolak makcik keluar,” katanya yang sempat mengambil beg tangan anaknya sebelum ditolak keluar dan ditinggalkan suspek.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.10 petang semalam, Napisah bersama suami dan anaknya berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi minyak kereta dan ke tandas sebelum Napisah yang berada di dalam kereta dilarikan seorang lelaki Melayu bersama kereta jenis Honda City milik anaknya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... ity-jerit-kau-diam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 1717 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 1919 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 2121 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 8647 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125875 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.556952 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list